suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iqbal Zulkefli dikejarkan ke hospital gara-gara tomyam

Iqbal sedang dapatkan rawatan di pusat perubatan.

USAHAWAN dan pelakon Ahmad Iqbal Zulkefli  mengalami keracunan makanan yang teruk sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan pada semalam.

Iqbal, 32, berkata dia bersama tiga lagi ahli keluarganya dikejarkan ke hospital selepas mengalami simptom muntah dan cirit-birit sejurus menikmati hidangan tomyam yang dibeli di sebuah gerai.

Menurut Iqbal, pada awalnya doktor menyangka dirinya mengalami demam denggi namun hasil pemeriksaan menunjukkan ia bukan berpunca daripada jangkitan denggi.

Berat badan Iqbal susut kerana keracunan makanan.

“Saya dan tiga orang ahli keluarga lain terpaksa dikejarkan ke hospital sebab salah makan. Kami makan tomyam yang dibeli di gerai.

“Mulanya pihak kesihatan sangka denggi tapi bukan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Iqbal memberitahu keadaan kesihatannya masih lemah kerana terlalu kerap mengalami muntah dan cirit-birit.

ARTIKEL BERKAITAN: Buang bulu mata Vida, Iqbal Zulkefli bukan nak ‘control’ pasangan… Suka gaya minimalis jika kembali bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal Zulkefli jalani pembedahan hidung, buat wasiat sebelum ditidurkan... "Harta dan aset saya menjadi milik orang susah sepenuhnya"

Malah, dia mendakwa sudah berulang kali ke tandas sehingga tidak lagi mampu berdiri lama kerana berasa pening dan hampir pitam.

Tambah Iqbal, keadaan itu turut menyebabkan berat badannya menurun kira-kira tiga kilogram dalam tempoh yang singkat.

“Saya masih lagi longlai dan tak berdaya. Ulang alik tandas untuk muntah dan buang air setiap masa.

Iqbal dalam keadaan lemah ekoran cirit-birit.

“Setakat ini saya rasa sudah lebih 50 kali buang air besar dan lebih 30 kali muntah. Yang keluar pun cuma air sahaja.

"Nak berdiri lama tak boleh rasa berdebar dan nak pitam,” ujarnya.

Sebelum ini, Iqbal memuat naik foto di Instastory yang memaparkan dirinya sedang menerima rawatan serta prosedur kemasukan cecair intravena (IV drip) ketika berada di hospital.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain