USAHAWAN sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli menjalani dua prosedur pembedahan kosmetik iaitu rhinoplasty (pembedahan hidung) dan penanaman rambut di sebuah pusat perubatan di Shanghai, China.
Sebelum ditidurkan untuk pembedahan, Iqbal, 31, sempat memohon maaf kepada semua pihak atas sebarang kesalahan yang pernah dilakukan.
Menurutnya, pembedahan hidung itu dilakukan atas saranan pakar bagi memperbaiki masalah pernafasan akibat sinus teruk yang dialami sejak bertahun-tahun.

Iqbal berkongsi dia lalui prosedur pembedahan hidung sebelum ditidurkan.
“Sebelum saya ditidurkan (bius sepenuh badan), saya mohon maaf atas segala salah silap saya. Jika ada sesuatu yang tidak menyenangkan kalian atau hal tidak baik sepanjang saya hidup.
“Doktor akan buka hidung dan belah sekitar dada untuk ambil tulang rawan dari rusuk. Tujuan saya buat pembedahan hidung sebenarnya disarankan pakar kerana pernafasan saya tertutup sudah bertahun akibat sinus teruk.
"Selalu saya terjaga mengejut semasa tidur seolah-olah orang tutup hidung dan mulut,” katanya.
Iqbal berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada pagi Isnin.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Dulu kaya sekarang tak sangat” – Iqbal Zulkefli terpaksa potong komitmen, kini berbelanja RM50,000 sebulan
ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal Zulkefli pernah habiskan RM1 juta dalam seminggu, sudah bosan hidup mewah
Bagaimanapun, Iqbal menegaskan dia tidak berniat untuk mengubah bentuk wajah, sebaliknya hanya mahu merawat masalah pernafasan.
Sebelum ditidurkan, Iqbal turut menitipkan pesanan yang disifatkan seperti wasiat sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini.
Malah Iqbal turut menghalalkan semua hutang melibatkan 87 individu yang pernah meminjam duit daripadanya sebelum ini.

Iqbal sudah sediakan wasiat jika berlaku perkara buruk terhadapnya.
“Segala hutang saya sudah saya senaraikan, ada sekitar empat pihak sahaja. Harta dan aset saya menjadi milik orang-orang susah sepenuhnya.
"Sebahagian kecil untuk anak saya, Ziyad, dan rumah anak-anak yatim yang saya ada sejak zaman sekolah.
“Sekitar 87 orang berhutang dengan saya, semuanya saya halalkan sekiranya apa-apa terjadi,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


