PELAKON Rozita Che Wan memberitahu dia langsung tidak membebankan isteri kepada anak sulungnya, Ammar Effendy dengan sebarang tugasan di dapur setiap kali berkunjung ke kediamannya kerana mahu menantunya itu berehat dan berasa selesa.Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 53, berkata, prinsip berkenaan diambil daripada pengalamannya sendiri sewaktu bergelar menantu kepada bekas ibu mentuanya, Siti Aishah, 77, ketika perkahwinan pertamanya dahulu. “Kalau dia hendak masak di rumah dia, mungkin hendak praktis resipi ke, saya okey saja. Tetapi kalau datang ke rumah saya, tak payahlah masak. Saya pun sudah siap masak dan mak saya pun ada, jadi semuanya okey saja.Che Ta mahu menantu berasa selesa dengannya. “Macam sebelum ini pun saya dengar mereka masak di rumah mereka. Bila saya tanya buat apa, Ammar beritahu sedang teman isteri masak dan tengok resipi. Saya okey saja dengan perkara itu.“Sebenarnya dulu saya ada pengalaman dengan bekas mentua sewaktu perkahwinan pertama. Dia memang sangat baik. Kalau kami tidur di rumah dia, saya tak perlu buat apa-apa kerja sebab semuanya pembantu rumah yang uruskan. “Dia cuma minta saya duduk teman dia tengok televisyen atau minum kopi bersama,” katanya kepada mStar. Bercerita lanjut, Che Ta mendedahkan dia turut mempelajari taktik psikologi bekas ibu mentuanya yang sentiasa bijak mengambil hati menantu sekiranya merindui anak lelakinya.ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung selamat bernikah, Che Ta sebak kongsi nasihat hidup berumah tanggaARTIKEL BERKAITAN: “Suami yang sangat menyenangkan” - Che Ta ungkap kata romantis buat Zain Saidin, 12 tahun lalui asam garam rumah tangga tanpa jemu“Bahkan cara dia hendak panggil kami datang rumah pun secara tidak langsung. Dia tidak kata 'eh datanglah rumah', sebaliknya dia akan cakap 'Mama masak pulut ini teringat Rozie'.“Bila dengar macam itu, kita pula yang rasa serba salah dan menggeletar terus hidupkan enjin kereta pergi ke rumahnya. “Dari situlah saya belajar, kalau kita hendak anak kita selalu balik, kita ajaklah menantu. Menantu mesti tak sampai hati hendak menolak pelawaan mak mentua,” ujarnya.Tambah Che Ta, hubungannya bersama bekas ibu mentuanya itu kekal akrab sehingga ke hari ini, malah suaminya yang juga aktor Zain Saidin turut menjaga silaturahim dengan baik.Ammar dan Auni Ikhwan sah berkahwin pada 26 Jun lalu. “Hubungan kami masih sangat baik sampai sekarang. Hari Sabtu ini pun kami ada jemputan majlis minum petang bersama dia dan Zain pun akan ikut sekali.“Bila diri saya sendiri sudah biasa dilayan dengan baik sebegitu dulu, secara automatik kita akan terapkan layanan yang sama kepada orang lain pula,” jelasnya.Menjawab pujian warga maya yang menyifatkan isterinya bertuah mendapat ibu mentua sebaiknya, Che Ta percaya setiap ibu bapa yang menyayangi anak mereka pasti akan menumpahkan kasih yang sama rata kepada menantu.“Saya rasa ramai saja mak mentua yang melayan menantu dengan baik cuma mungkin tidak dipamerkan di media sosial. "Bila kita sayang anak kita, sudah tentu kita akan sayang menantu kita juga, mestilah kita hendak sediakan yang terbaik,” ujarnya.