suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak sulung selamat bernikah, Che Ta sebak kongsi nasihat hidup berumah tangga

Ammar dan Auni diraikan dalam majlis serba tertutup.

ANAK kepada pelakon dan usahawan Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy selamat bergelar suami kepada gadis pilihannya, Auni Ikhwan, dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada pukul 8.41 malam, Jumaat.

Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis yang berlangsung di GlamHall Damansara, Petaling Jaya, Selangor, di hadapan lebih 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan rapat.

Dengan sekali lafaz, Ammar dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Ikhwan Hashim disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Damansara Perdana, Abdus Salam Mahmud.

Majlis pernikahan Ammar dan Auni dihadir keluarga serta rakan terdekat.

Dalam majlis itu, Ammar menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 selain hantaran berbentuk jongkong emas serta menghadiahkan sebentuk cincin berlian 1.8 karat kepada Auni ketika upacara membatalkan air sembahyang.

Kedua-dua mempelai juga saling berbalas tujuh dulang hantaran.

Sementara itu, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta tidak dapat menahan sebak ketika melepaskan anak sulungnya itu memikul amanah sebagai seorang suami.

"Tetaplah bersama walau dalam keadaan tidak sempurna dan apa sekalipun. Moga Ammar menjadi suami yang melindungi dan bukannya 'bossy'.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Che Ta didakwa sudah bertunang, identiti bakal isteri kekal rahsia

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung Che Ta sah bertunang, kahwin 26 Jun tahun depan... Belum boleh kongsi wajah cinta hati Ammar Effendy

"Buat Auni, jadilah isteri yang sentiasa mendampingi dan bukan sekadar menemani.

"Dalam berumah tangga ini, Ammar dan Auni perlu sentiasa berpegangan tangan dalam setiap keadaan. Jangan sesekali melepaskan pegangan itu ketika berdepan kesusahan atau kegetiran.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan bukan mengenai pasangan yang tidak diuji, tetapi pasangan yang tetap bersama walaupun diuji," katanya.

Che Ta turut mengingatkan pasangan itu agar sentiasa bersabar dan bertolak ansur dalam melayari alam rumah tangga.

Cubalah untuk terus bertolak ansur dan saling memahami.

ROZITA CHE WAN

PELAKON

"Dalam hidup ini, apatah lagi berumah tangga, pasti akan ada ujian. Mungkin tahun pertama, kedua dan seterusnya terasa manis, tetapi apabila keluarga semakin berkembang dengan kehadiran anak-anak, pelbagai cabaran akan datang.

"Cubalah untuk terus bertolak ansur dan saling memahami. Perkahwinan ini bukan seperti menukar pakaian.

"Pasti akan ada perkara yang tidak diundang, tetapi jangan sesekali memilih jalan mudah untuk lari daripada dugaan dan cabaran.

"Semoga mereka terus mewarnai rumah tangga dengan penuh sakinah, mawaddah dan rahmah," ujarnya.

Ammar dan Auni bertunang pada 25 Oktober lalu.

Sementara itu, Rozita memberitahu dia dan keluarga Auni sepakat memilih tema ‘Garden Wedding’ selain menekankan aspek minimalis. 

Pasangan pengantin turut tampil anggun dalam persalinan serba putih rekaan busana Man Kajang  yang digayakan oleh Ammar, sementara Auni pula menyerlah kejelitaan dalam persalinan  Zaimi Zulkifly.

Dalam pada itu, pasangan ini akan diraikan dalam sebuah majlis bertemakan Black Tie di sebuah  hotel di I-City Shah Alam selain majlis bertandang pula dijadualkan berlangsung pada 4 Julai depan.

Majlis turut diserikan dengan Ahmad Fedtri Yahya bertindak sebagai pengerusi majlis. Selain bacaan doa oleh Pencetus Ummah (PU) Amin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain