ISTERI kepada pelakon Ikmal Amry iaitu Najla Samshul selamat bersalin anak ketiga di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi, Jumaat.Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 31, berkata, bayi lelaki seberat 2.98 kilogram itu dilahirkan menerusi proses pembedahan dan keadaan kesihatan ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat. "Alhamdulillah sihat. Anak nombor tiga ini paling rasa mudah dan dipermudahkan. Ikmal Amry kongsi wajah anak di Instagram miliknya."Tak ada benda yang nak takut, semuanya berjalan lancar,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Ikmal memberitahu dia dan isteri sudah mempunyai nama untuk anak ketiga mereka itu.Mereka bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan nama tersebut buat masa ini.ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry berani ambil risiko ‘tukar angin’, impi berlakon dengan Sharnaaz AhmadARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry buka kisah lampau, beberapa kali dicabul... “Dia nak cium dan pegang bawah”“Nama dah ada tapi kami nak rahsiakan dahulu buat masa ini," ujarnya.Sementara itu, Ikmal berkata pengalaman sebagai ibu bapa membuatkan mereka lebih tenang dan bersedia menghadapi situasi berkenaan."Alhamdulillah rasa lain daripada anak pertama dan kedua. Ketika itu kita baru nak belajar tapi yang ketiga ini semuanya lebih lancar.Ikmal dan isteri mendirikan rumah tangga pada 2020."Semuanya dapat dikawal dengan tenang, perkara yang susah sebelum ini kami dah lalui, jadi kali ini dah biasa,” ujarnya.Untuk rekod, Ikmal mendirikan rumah tangga dengan Najla pada 19 Disember 2020.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Cailie, 5, dan Gibran yang kini berusia tiga tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!