suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sketsa komedi pentas Panggung Suria dapat sambutan penonton, Suria FM terbuka cadangan adakan siri jelajah

Pementasan Panggung Suria mendapat sambutan baik.

SAMBUTAN baik penonton menjadi pembakar semangat buat barisan penyampai stesen radio Suria FM untuk meneruskan idea pementasan Panggung Suria yang julung kali diadakan pada malam Khamis.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih mesra disapa DJ Lin, respons daripada penonton menjadi bukti bahawa persembahan secara langsung itu berjaya menarik perhatian ramai.

Bagi memastikan kesinambungan program ini, DJ Lin berkata pihaknya terbuka untuk menerima tajaan daripada mana-mana pihak yang berminat.

Gabungan penyampai Suria FM menghiburkan peminat. 

"Selesai sahaja membuat persembahan, saya sendiri rasa terkesima melihat sambutan penonton. Mereka datang bergambar dan memberi maklum balas positif terhadap program ini.

"Malah, ada juga pihak yang sudah tertarik dan mahu menghantar kertas cadangan agar Panggung Suria diteruskan. Ada juga yang mencadangkan program ini dijadikan siri jelajah.

"Jika ada tajaan, kami 'on' sahaja. Sambutan positif ini memberi inspirasi kepada kami untuk melakukan yang lebih baik lagi," katanya kepada mStar

ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM perkenal sketsa komedi pentas Panggung Suria 

ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM umum penjenamaan semula, misi dekati golongan muda… Perkenal tagline ‘Muzik & Jiwa’

DJ Lin ditemui selepas tamat menjayakan Panggung Suria di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada Khamis.

Berkongsi lanjut, DJ Lin memberitahu idea asal memperkenalkan sketsa komedi pentas itu bermula selepas barisan penyampai yang juga merupakan pelawak iaitu Ajak, Chiwan dan Fad mengemukakan cadangan mereka.

Bukan sekadar komedi, Panggung Suria juga menyampai mesej kemasyarakatan. 

Lebih menarik, semua idea persembahan serta kru produksi untuk projek berkenaan terdiri daripada pasukan Suria FM sendiri.

"Kami menyiapkan semua ini dalam tempoh lebih sebulan. Semuanya, termasuk skrip dan idea, adalah daripada kami sendiri. Penyampai Suria FM terlibat secara total," ujarnya.

Selain DJ Lin, pementasan tersebut turut dibarisi oleh penyampai lain seperti Ajak, Fad, Chiwan, Cik Piah, Kai dan Irsyad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain