HASRAT pelakon Irfan Zaini untuk menceburi dunia lakonan pada awalnya tidak dipersetujui oleh ibu yang menganggap bidang seni hanyalah sekadar hobi yang tidak mampu menjamin masa depan.Irfan atau Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 30, berkata keluarganya yang berpegang teguh kepada ajaran agama juga menjadi sebab kerjaya ini sukar diterima oleh ibunya. "Dalam rumah saya semua orang alim (kuat agama) sikitlah. Solat lima waktu, setiap malam Jumaat baca surah Yasin... mereka juga tak tengok drama sangat. Irfan seronok berlakon menghiburkan penonton."Mak saya memang tak suka saya berlakon, tak kisahlah watak baik atau jahat, mereka tak suka. "Tapi lama-kelamaan dia sedar benda (berlakon) inilah buat saya gembira dan bahagia. Okaylah dia lepaskan saya berlakon,” katanya kepada mStar.Irfan berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara ‘Viewing party’ drama Luka Di Hujung Rindu yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada malam Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Filem terakhir Vijay jadi rezeki terbesar Irfan Zaini, muncul dalam treler ‘Jana Nayagan’ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Irfan Zaini kena pukul selepas ambil gambar bersama, siap dapat amaran tak mahu kongsi ‘Malik’Dalam pada itu, Irfan memberitahu sehingga kini ibunya masih menganggap lakonan hanya sekadar hobi dan bukanlah kerjaya tetap."Kalau ikutkan sampai sekarang mak saya tak suka. Dia fikir lakonan ini hanya sebagai hobi. "Dia anggap lakonan tak boleh pergi jauh. Saya kalau boleh nak jadikan bidang ini sebagai kerjaya. Kalau ikutkan sampai sekarang mak saya tak sukaIRFAN ZAINI PELAKON "Saya boleh nampak orang kita beri sokongan penuh, jadi saya tak nak sia-siakan peluang itu," ujarnya.Berkongsi mengenai drama terbaharunya Luka Di Hujung Setia, Irfan memberitahu dia sengaja tidak membenarkan ibunya menonton naskhah tersebut kerana terdapat beberapa babak mesra bersama Zara Zya."Setakat ini saya tak bagi lagi mak saya tengok. Rumah saya dah beri larangan tak boleh tengok drama ini, lebih-lebih lagi episod 18. Drama lakonan Irfan dan Zara mendapat perhatian ramai."Ada babak buka tudung, betul ke nak buat benda ni? Tudung ni perkara sensitif kalau mak saya tengok. "Tapi susahlah nak tahan dia (ibu) sebab kawan-kawan dan jiran mesti bercerita," katanya.Selain Irfan dan Zara, Luka Di Hujung Setia turut dibintangi Datuk Adi Putra, Angella Joliey, Anne Abdullah, Lisdawaty, Cahaya Nilam dan Puteri Khareeza.Drama ini bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube