suria

Filem terakhir Vijay jadi rezeki terbesar Irfan Zaini, muncul dalam treler ‘Jana Nayagan’

Irfan anggap pertemuan bersama Vijay satu kenangan indah.

BERPELUANG berlakon dalam filem terakhir pelakon popular Selatan India iaitu Vijay membuatkan aktor Irfan Zaini mengimbau kembali kenangan 18 tahun yang lepas.

Berkongsi detik itu, Irfan atau nama sebenarnya Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 30, berkata kali pertama dia bertemu dengan Vijay pada usianya 12 tahun ketika aktor berkenaan datang ke Malaysia untuk menjalani penggambaran.

Irfan pernah bertemu Vijay pada usianya 12 tahun.

Katanya ketika itu tanpa sangaja dia terpilih menggantikan pelakon kanak-kanak yang tidak sihat, malah lakonannya meraih perhatian bintang terkenal itu.

"Habis shooting Vijay datang jumpa dengan saya, dia kata saya buat yang terbaik dalam first take. Dia puji lakonan saya natural dan akan jadi pelakon yang bagus bila dewasa.

"Perkara itu yang saya pegang dan menyimpan hasrat ingin berlakon bersama dia semula suatu hari nanti," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Irfan Zaini tak menipu, tunjuk bukti tangan peminat kena gores kerana ‘Malik’

ARTIKEL BERKAITAN: Watak ‘Malik’ digilai peminat, ‘Blood Brothers’ lonjakkan nama Irfan Zaini

Menurut Irfan, filem Jana Nayagan merupakan karya ketiga mereka bekerjasama, namun kali ini lebih istimewa apabila dia diberikan watak yang mempunyai nama serta ruang lakonan lebih besar.

Lebih menarik lagi, dia juga berpeluang muncul dalam treler filem itu sekali gus percaya ia membantu mengembangkan lagi kariernya.

"Watak saya dalam filem ini berbeza dengan filem sebelum ini. Kali ini saya ada nama watak dan karakter. Saya juga boleh tunjukkan aksi persembahan saya lebih lama di hadapan Vijay.

Dia pergi ke kamera dan termenung sekejap.

IRFAN ZAINI

PELAKON

"Saya pun berpeluang muncul dua kali dalam treler itu, entah dalam ramai orang tak sangka rezeki saya muncul di treler," luahnya.

Dalam pada itu, Irfan memberitahu momen Vijay meninggalkan set penggambaran buat kali terakhir sangat menyentuh hatinya kerana tindakan pelakon berkenaan yang enggan diraikan selepas menghasilkan 69 karya sepanjang menjadi anak seni.

Pun begitu, Vijay sempat berpesan kepadanya agar tidak mensia-siakan bakat yang dimiliki dan terus menyerlahkan bakat di India.

Antara momen yang bakal dikenang Irfan.

"Saya masih ingat hari terakhir penggambaran, kami rancang nak buat kejutan untuk dia, ambil video sebagai tanda kenang-kenangan kerana dia sudah berlakon 33 tahun. 

"Tapi dia beritahu tak nak apa-apa. Masa babak akhir selesai, dia keluar dari caravan satu set senyap. Dia pergi ke kamera dan termenung sekejap, tak tahu dia kata apa selepas itu dia pandang kami dan terus ucap selamat tinggal dan balik," ujarnya.

Filem Jana Nayagan akan mula dditayangkan di pawagam seluruh negara pada 9 Januari nanti.

Untuk info filem terbabit merupakan karya terakhir Vijay selepas membuat keputusan meninggalkan dunia seni bagi menceburi bidang politik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

[V] Isma Aliff meninggal dunia