suria

Tiada surau bukan halangan, Rita Rudaini tetap pastikan anak-anak tunai solat walaupun tepi mesin ATM

Rita sentiasa beri didikan terbaik buat anak-anak.

PELAKON Rita Rudaini berkongsi momen anaknya menunaikan solat di hadapan mesin pengeluaran automatik (ATM) ketika bercuti di London, England.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, berkata mereka sekeluarga menempuh perjalanan agak panjang kira-kira dua jam setengah sebelum singgah di sebuah kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk menunaikan solat Subuh.

Bagaimanapun, kawasan berkenaan tidak menyediakan surau menyebabkan mereka terpaksa menunaikan solat di ruang terbuka.

Rita kongsi momen anak-anak sedang solat.

“Perjalanan hari ini dua jam setengah, singgah R&R nak solat Subuh tapi sini tak ada surau. Jadi Mommy cari port yang sesuai, dekat tepi mesin ATM,” katanya menerusi satu perkongsian di Instagram.

Menurut Rita, sepanjang mereka menunaikan solat di kawasan tersebut, mereka tidak menerima sebarang pandangan negatif daripada orang sekeliling, sebaliknya disambut dengan senyuman mesra.

“Masa Mommy tengah solat, kedai di depan mula beroperasi. Orang-orang sini senyum saja, tak marah dan tak ada pandang sinis.

“Begitulah adab, tak kira apa pun agama, kita kena jadi baik kepada semua orang,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini tunai janji kepada anak-anak, sebak dapat bawa ‘tour’ ke Stadium Emirates

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini dakwa bekas suami tak jujur, tiada usaha hubungi dan jumpa anak-anak… “Mahkamah dah beri kebenaran, kenapa tak datang”

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap Rita dalam mendidik anak-anak serta mengutamakan  agama walaupun berada di luar negara.

"Bagus didikan Rita, solat tiang agama dan utamakan solat dalam apa juga situasi. Impian setiap ibu.

"Ibu yang terbaik jaga warisnya dan keturunan," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain