PELAKON Sharnaaz Ahmad menegur segelintir pencipta kandungan atau content creator yang gemar menghasilkan video bertemakan 'takut bini'. Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 41, berkata penghasilan kandungan sedemikian boleh memberi pengaruh negatif sekali gus menjejaskan institusi perkahwinan. “Begini, apa yang ingin saya sampaikan ini bukanlah kerana marah, dan mungkin juga tidak ada kena-mengena dengan saya secara langsung. Namun, ini adalah satu nasihat khususnya kepada para content creator.Sharnaaz memberi nasihat ikhlas kepada content creator.“Ada satu perkara yang ingin saya tegur. Kepada para content creator, sama ada lelaki atau perempuan yang gemar menghasilkan kandungan bertema ‘takut bini’. “Saya bukan hendak menyalahkan sesiapa, tetapi sedarkah anda bahawa kandungan sebegitu memberi pengaruh, bukan sahaja kepada penonton, malah kepada perkahwinan anda sendiri?” katanya.Sharnaaz berkongsi pandangannya itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Isnin.Menurut Sharnaaz, banyak kes perceraian berpunca daripada cara watak yang dilakonkan dalam video dan dibawa masuk ke kehidupan sebenar.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sharnaaz Ahmad selesa kekal sebagai ‘Presiden Duda Malaya’, biarkan jodoh datang sendiriARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad ‘sound’ duda ikut trend Jamilah… “Kita bukan terdesak!”“Terutamanya kepada kaum wanita yang melakonkan watak sedemikian. Tanpa disedari, apa yang dilakonkan itu boleh terbawa-bawa ke dalam kehidupan sebenar, termasuk cara bercakap dan melayan suami.“Perkara ini bukan berlaku sekali atau dua. Kita boleh lihat sendiri, ramai yang menghasilkan kandungan ke arah itu akhirnya berakhir dengan perceraian. Nasihat saya, kita sebagai lelaki bukan takut kepada wanita, tetapi kita menghormati mereka.“Namun, apabila hubungan itu digambarkan seolah-olah lelaki terketar-ketar dan hilang peranan apabila isteri bersuara, itu bukanlah sesuatu yang sihat,” ujarnya.Pelakon filem Blood Brothers itu juga menekankan bahawa kaum lelaki perlu bijak dalam membezakan antara hiburan dan realiti. Nasihat saya, kita sebagai lelaki bukan takut kepada wanita, tetapi kita menghormati mereka.SHARNAAZ AHMADPELAKONTambahnya, menghormati wanita tidak bermakna takut kepada mereka, sebaliknya, ia adalah tanda kematangan dan tanggungjawab dalam perkahwinan.“Wanita memang sangat penting dalam kehidupan kita. Sebab itulah Allah menciptakan wanita daripada lelaki. Maka, wanita wajib dihormati, tetapi tidak perlu ditakuti. Jika dalam perkahwinan, seorang lelaki terlalu takut kepada isterinya, percayalah perkahwinan itu akan menghadapi masalah.“Ini adalah nasihat ikhlas daripada seseorang yang sudah berusia dan pernah melalui perceraian walaupun perceraian saya bukan disebabkan perkara ini. Namun, apa yang saya lihat di depan mata, banyak kes perceraian bermula daripada kandungan sebegini.“Apabila watak lakonan dibawa ke alam realiti, dan komunikasi dengan pasangan semakin berkurang, ketika itu semuanya sudah terlambat untuk diperbetulkan,” jelasnya.Sharnaaz menekankan kaum lelaki perlu bijak dalam membezakan antara hiburan dan realiti.Sementara itu, Sharnaaz juga memberitahu dia sudah lama menyekat content creator yang masih menghasilkan kandungan seumpama itu.“Dan kepada content creator yang masih menghasilkan kandungan seperti itu, dari dahulu saya telah menyekat anda. "Bukan kerana benci, tetapi kerana saya merasakan kandungan tersebut dibuat semata-mata untuk wang, hingga mengorbankan maruah diri sendiri,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube