PELAKON Rita Rudaini mendakwa bekas suaminya, Aidil Zafuan tidak bersikap jujur apabila bercakap tentang pemberian nafkah anak-anak.
Membalas komen pengikut di media sosial, Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, tampil menyenaraikan beberapa perkara yang didakwanya telah diabaikan oleh bekas suaminya itu.
“Dengan kawan atau orang yang tak kenal bolehlah dia ‘kencing’.

Komen balas Rita di Threads.
“Mintalah beritahu, dia tak pernah tanggung tadika, sekolah, insurans, perubatan sakit demam, baju raya, duit belanja raya dan tempat tinggal anak-anak,” tulisnya di laman Threads.
Komen tersebut susulan dakwaan seorang pengguna media sosial sebelum ini yang mendakwa Aidil tidak pernah culas dalam membayar nafkah anak selepas mereka berpisah.
Rita dalam masa sama mendakwa Aidil tidak pernah datang menjenguk anak-anak mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Individu ‘back up’ Aidil Zafuan tak culas bayar nafkah, Rita Rudaini rayu bekas suami tunjuk resit… “Semua nak tengok yang berhutang skip bayar berapa bulan?”
ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu sampai naik mahkamah, Rita Rudaini sekali lagi tegur lelaki culas bayar nafkah anak
“Bercerita saya tak beri jumpa anak. Masa anak-anak kecil, mahkamah beri kebenaran seminggu sekali datang tengok anak, kenapa tak datang. Telefon pun tidak.
“Banyak lagi nak cerita, cuma jangan nafikan,” luahnya.
Rita sebelum ini cukup lantang apabila bercakap soal nafkah anak yang masih belum dapat diselesaikan secara baik.

Rita juga mendakwa bekas suami culas dalam membayar nafkah.
Untuk rekod, pada 2017 semua kes mahkamah membabitkan tuntutan nafkah anak, mutaah dan iddah Rita daripada Aidil telah diputuskan.
Mahkamah memerintahkan Aidil membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015.
Untuk rekod, Rita dan Aidil berkahwin pada 2008 namun sah bercerai pada 2013.
Mereka memiliki dua orang cahaya mata bersama iaitu Airit Rayyan Rizqin, 16, dan Airit Qaqa Arjuna, 14 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


