suria

Ariel Fesol buat netizen loya, tergamak pakai baju tanpa lengan… “Kalau jadi boyband bulu ketiak kena jaga dik”

Bulu ketiak Ariel jadi perhatian ramai.

PENAMPILAN anggota kumpulan Alpha iaitu Ariel Fesol menerima kritikan netizen apabila dikatakan tidak terurus ketika menghadiri sesi latihan Konsert Countdown KITA 2026 di IOI City Mall Putrajaya pada Selasa.

Menerusi video yang tular di platform Threads itu, Ariel atau Muhamad Fhazrill Fesol, 27, dilihat berada di atas pentas dengan berpakaian baju tanpa lengan sambil menyanyikan lagu Bujang yang dipopularkan Hael Husaini. 

Bagaimanapun penampilannya itu dikatakan tidak sesuai apabila menampakkan bahagian ketiaknya yang dipenuhi bulu. 

Ariel semasa melakukan latihan persembahan.

Penampilan itu pantas mendapat pelbagai reaksi apabila penyanyi itu dikatakan tidak mencukur bulu ketiak dengan rapi.

Menjengah ke ruangan komen Threads, rata-rata netizen meluahkan rasa geli melihat bulu ketiaknya itu. 

Tidak hanya itu, mereka juga mempersoalkan warna rambut anggota lain yang dikatakan tidak sesuai dengan warna kulit mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ariel Fesol makin dikenali... “Tak sangka Allah beri rezeki lebih”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ariel Fesol buat keputusan berhenti jadi pramugara, fokus kejar impian bergelar penyanyi

"Dah tahu bulu ketiak panjang tak payah pakai baju nampak ketiak! Geli orang nak tengoknya.

"Kalau jadi boyband bulu ketiak kena jaga dik, bulu ketiak kena rapi dan kemas dicukur. 

Antara komen yang ditinggalkan netizen.

"Yang pakai singlet tu je patut buang. Muka desa, bulu ketiak bagai. Pergilah gim buat badan muka kampung pun nampak exotic.

"Mereka ini tiada penasihat fesyen ke? Benda simple macam ini pun tak tahu. Dengan warna rambut tak sesuai dengan warna kulit," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain