suria

Pemberian emas setiap tahun jadi tradisi Uyaina Arshad sejak kerja, tanda hargai jasa ibu

Ibu Uyaina terharu terima emas.

BAGI menghargai pengorbanan yang pernah dilakukan oleh ibunya, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menghadiahkan seutas gelang tangan emas.

Menurut Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33,  ibunya banyak berkorban demi memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik.

"Waktu kecil dulu, Ummi banyak bergolok-gadai, bersusah-payah nak sekolahkan kami adik-beradik ke menara gading. 

Ibu Uyaina terkejut dengan pemberian emas.

"Kami keluarga biasa-biasa, apa adanya tapi serba cukup Alhamdullillah," kongsinya.

Uyaina berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya.

Dalam perkongsian video itu, Uyaina dilihat memakaikan gelang tangan emas itu kepada ibu tercinta. 

Malah ibunya juga kelihatan tidak dapat menahan sebak selain tersenyum bahagia.

ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam mengidam kali ini, Uyaina Arshad sanggup ke Kuala Pilah untuk beli emas... Tak sangka harga memang murah

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad terkilan, gambar dan video dijadikan peluang cari untung tanpa izin… “Berkat ke itu?”

Tambahnya lagi, sebagai tanda mengenang jasa ibunya, dia menjadikan pemberian emas sebagai tradisi sejak mula bekerja.

"Jadi bila saya dah mula kerja, setiap tahun saya akan cuba hadiahkan emas untuk ummi saya. 

"Doakan saya dimewahkan rezeki supaya saya dapat teruskan tradisi ni untuk tahun-tahun yang mendatang," luahnya.

Dalam masa sama, dia turut menyeru orang ramai yang berkemampuan agar tidak berkira dalam membahagiakan ibu bapa masing-masing.

Uyaina sentiasa bahagiakan ibunya.

Dia juga  percaya keberkatan hidup dan rezeki datang daripada keredaan ibu bapa.

"Mana yang berkemampuan serta ada rezeki lebih, tanyalah ibu ayah kita apa yang mereka suka dan hadiahkanlah mereka dengan hadiah kebahagiaan. 

"Doa mereka yang kita perlukan dalam hidup. Insha-Allah rezeki kita akan terbentang luas seluas langit biru Tuhan. Hidup akan lebih berkat dan urusan harian akan lebih dipermudahkan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain