PELAKON Puteri Sarah Liyana tampil menitipkan pesanan kepada bekas isteri Nubhan iaitu Dr Afifah supaya bijak mengawal emosi dalam menghadapi konflik rumah tangga yang sedang berlaku.
Menurut Puteri Sarah, 40, Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr Fie berada di landasan yang betul apabila diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang pernah mengendalikan kes perceraiannya sebelum ini.
Malah, aktres itu menyifatkan Akberdin sebagai peguam yang bijak menyusun strategi perundangan dan percaya kemenangan akan memihak kepadanya.

Pesanan yang dititipkan Puteri Sarah.
“Saya percaya peguam awak sekarang adalah peguam saya dulu, Akberdin. Beliau seorang yang sangat bijak.
“Duduk dan berbincanglah dengan beliau bagaimana untuk dapatkan semula (hak anda) dengan bijaksana,” katanya.
Puteri Sarah meninggalkan komen tersebut dalam salah satu hantaran Dr Afifah di platform Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Diugut mahu hantar sihir, tiru gambar media sosial... Puteri Sarah rimas diganggu peminat ‘mental’
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Plot twist’! Bekas pekerja Puteri Sarah mengaku masukkan duit jualan dalam entiti yang dibubarkan, tak pernah jadi rakan kongsi
Dalam masa sama, Puteri Sarah turut menasihati Dr Afifah supaya tidak bertindak mengikut emosi serta merahsiakan setiap perancangan agar tidak memberi kelebihan kepada pihak lawan.
“Kawal emosi anda, bertindak dengan bijak. Jangan beritahu apa-apa rancangan anda.
"Tahu-tahu saja sudah dilaksanakan supaya ia menjadi kejutan kepada pihak sebelah sana. Semoga berjaya. Insha-Allah, semuanya akan baik-baik saja,” ujarnya.

Puteri Sarah sentiasa mendoakan Dr Afifah.
Sebelum ini, kemelut rumah tangga Nubhan kembali menjadi perhatian apabila Dr Afifah mendakwa bekas suaminya itu mencampak keluar barang-barang peribadi dari kediaman milik Nubhan semasa sedang melancong ke luar negera.
Malah Dr Afifah juga memaklumkan pihaknya akan membuat laporan polis sebaik sahaja pulang ke Malaysia.
Bagaimanapun, peguam mewakili Nubhan menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan proses pemindahan barang dilakukan dengan teratur serta cermat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


