suria

Individu ‘back up’ Aidil Zafuan tak culas bayar nafkah, Rita Rudaini rayu bekas suami tunjuk resit… “Semua nak tengok yang berhutang skip bayar berapa bulan?”

Rita lantang bersuara tentang tuntutan nafkah anak.

SUSULAN dakwaan seorang pengguna Threads yang melaporkan bekas suaminya, Aidil Zafuan tidak pernah culas dalam membayar nafkah anak setiap bulan, pelakon Rita Rudaini sekali lagi tampil bersuara mempertahankan diri. 

Dalam perkongsian yang dimuat naik di akaun Threads, Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, meminta bekas suaminya itu berkongsi resit pembayaran sebanyak RM3,000 sebulan tanpa gagal. 

"Tolonglah beri resit bayaran. Semua orang nak tengok yang berhutang skip bayar tu berapa bulan?

Perkongsian Rita di Threads. 

"Tolonglah tunjuk. Netizen perlu tahu," katanya. 

Rita turut berkongsi semula hantaran pengguna akaun tersebut yang mendakwa bekas suaminya tidak pernah gagal membayar nafkah anak beserta tangkap layar kenyataan yang pernah dibuat Aidil berhubung perkara itu sebelum ini. 

Dalam masa sama, Rita turut mempersoalkan jumlah nafkah RM3,000 yang diterima dan menyifatkan angka itu tidak mencukupi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu sampai naik mahkamah, Rita Rudaini sekali lagi tegur lelaki culas bayar nafkah anak 

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini tak pandai hipokrit, tiada agenda tersembunyi... “Hanya kebajikan anak-anak yang saya perjuangkan sejak awal”

"RM3,000 pun sebab gaduh di mahkamah. Boleh bayar apa untuk anak-anak? Duit tempat perlindungan anak-anak pun tak lepas RM3,000 itu. 

“Jom lawan di mahkamah. Ada berani?,” tulisnya. 

Untuk rekod pada 2017 semua kes mahkamah membabitkan tuntutan nafkah anak, mutaah dan iddah Rita dariapda Aidil telah diputuskan. 

Rita tegas dalam menuntut hak anak-anaknya. 

Mahkamah memerintahkan Aidil membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015.

Untuk rekod Rita dan Aidil berkahwin pada 2008 namun sah bercerai pada 2013. 

Mereka memiliki dua orang cahaya mata bersama iaitu Airit Rayyan Rizqin, 16, dan Airit Qaqa Arjuna, 14 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain