suria

Tak perlu sampai naik mahkamah, Rita Rudaini sekali lagi tegur lelaki culas bayar nafkah anak

Rita sekali lagi menegur segelintir lelaki yang culas memberi nafkah kepada anak-anak.

PELAKON Rita Rudaini secara terbuka menegur sikap segelintir lelaki yang tidak menjalankan tanggungjawab dalam memberi nafkah kepada anak-anak selepas bercerai.

Bagi Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, perkara tersebut seharusnya dapat diselesaikan secara baik tanpa melibatkan kuasa undang-undang di mahkamah.

"Untuk 'arwah-arwah dan bakal arwah', tak perlu berkira soal nafkah anak-anak. Tak kiralah bekas isteri itu berduit atau tidak, semua itu tanggungjawab kau.

Perkongsian Rita di Threads miliknya.

"Tak perlu sampai naik mahkamah untuk menuntut nafkah anak sendiri," katanya.

Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Rabu.

Penggunaan kata 'arwah' dipercayai merujuk kepada lelaki yang sudah bercerai.

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini tak pandai hipokrit, tiada agenda tersembunyi... “Hanya kebajikan anak-anak yang saya perjuangkan sejak awal”

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini ucap selamat pengantin baru, jawapan Erra Fazira curi perhatian ramai... “Kita chow dululah”

Dalam pada itu, Rita turut menyindir sikap segelintir lelaki yang sanggup mengeluarkan wang untuk berkahwin lain, namun berkira apabila melibatkan nafkah anak-anak.

Dia bagaimanapun menjelaskan kenyataan itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak secara khusus.

"Nak kahwin lain ada duit, nak bagi dekat anak merentan pula sampai kena guna mahkamah.

"Bila panggil 'arwah' marah, habis itu? Panggil 'sampah' nak?… Bagi yang tiada kena-mengena, tak perlu terasa," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain