suria

Anak beri semangat buat Linda Hashim – “Jelita tahu mummy penat”

Linda kesal kes penceraian dengan suami masih belum selesai.

ANAK kepada pelakon Linda Hashim, Jelita Clarissa, memberikan sokongan penuh buat ibunya yang sedang berdepan ujian rumah tangga susulan kes perceraian bersama bapanya, aktor Beego, yang masih belum selesai.

Jelita, 11, meluahkan rasa kasih dan keprihatinannya terhadap keadaan ibunya serta berharap Linda terus kuat berdepan dugaan tersebut.

Kata Jelita, dia tidak mahu melihat ibunya terus bersedih dan berjanji akan sentiasa berada di sisi untuk memberikan sokongan.

“Terus kuat, mummy (panggilan Linda). Tak mengapa, mummy. Jelita dengan adik-beradik semua sokong mummy, okey.

Anak-anak beri sokongan penuh pada Linda (kanan).

“Mummy jangan sedih-sedih tau, semoga mummy sihat selalu.

“Jelita tahu mummy penat, Jelita akan bagi mummy semangat yang penuh. Terus kuat,” katanya.

Jelita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Beego tidak hadir ke mahkamah, hakim beri amaran bekerjasama... Peguam maklumkan masih mahu berbaik dengan Linda Hashim

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Linda Hashim tahu lokasi Beego, dakwa suami tipu alasan kematian ahli keluarga

Pada Selasa, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menangguhkan prosiding perceraian Linda dan Beego ke 21 Januari 2026.

Ia susulan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, tidak hadir ke mahkamah bagi prosiding pengesahan lafaz taklik dengan alasan kematian ahli keluarga.

Kata Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, dia mengetahui keberadaan Beego selain mengetahui urusan pengurusan jenazah ahli keluarganya itu sudah selesai pada malam Isnin.

Menerusi temu bual bersama media, Linda turut meluahkan rasa sedih kerana terpaksa melalui proses mahkamah hampir setahun bagi menyelesaikan isu antara mereka.

Untuk rekod, Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Pada Januari lalu, Linda memfailkan penceraian dengan alasan tiada persefahaman.

Beego gagal hadirkan diri ke mahkamah.

Bagaimanapun, proses penceraian pasangan itu sehingga kini masih belum dapat diselesaikan dengan baik.

Linda dan Beego pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain