suria

Aeril Zafrel, Wawa Zainal tersentuh kisah hidup Fathia Latiff… Jadi ‘turning point’ bantu lebih ramai artis

Aeril dan Wawa mahu bantu Fathia menjadi insan lebih berjaya.

PASANGAN selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berusaha secara ikhlas membantu rakan artis yang berdepan kesukaran hidup, namun mengakui tidak semua bersedia menerima sumbangan. 

Menurut Aeril atau Suhairil Sunari, 37, sebelum ini mereka tampil menghulurkan bantuan kepada pelakon Fathia Latiff bagi membantunya bangkit semula selepas melalui fasa kehidupan yang mencabar.

Malah, kata Aeril, kisah yang dikongsikan Fathia cukup menyentuh perasaan mereka, namun memilih untuk tidak mendedahkan perkara itu kepada umum kerana menghormati privasi aktres berkenaan.

Aeril dan Wawa mahu bantu lebih ramai artis.

“Banyak rakan artis yang saya cuba bantu, tapi kadang-kadang ada di antara mereka tidak mahu perkara itu.

“Macam Fathia ni, dulu boleh dikatakan dia seorang selebriti yang dikenali sehinggalah satu hari kami buat sesi siaran langsung bersama.

“Bila kami dengar cerita dia memanglah sedih sebenarnya. Saya pun tak mahulah cerita di sini sebab itu kisah peribadi dia. Tapi bila kami beri dia kerja sikit, dapatlah juga dia menambah pendapatan,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Wawa berkata Fathia sendiri mempunyai keinginan untuk berubah dan bangkit apabila menjadikan mereka berdua sebagai contoh kejayaan dalam bidang perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bantu Fathia Latiff bangkit semula, netizen puji kemuliaan hati Aeril Zafrel dan Wawa Zainal... "Berhentilah kecam dia, moga awak bersinar kembali"

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri penyumbang zakat tertinggi 2025, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel kekal beri sumbangan RM1 juta setiap tahun

Selain berkongsi nasihat perniagaan, Wawa turut memberi ruang buat aktres berkenaan melakukan jualan secara atas talian. 

“Fathia juga ada keinginan untuk berbisnes dan dia jadikan kami sebagai contoh. Dia pun nak berjaya.

“Saya cakap, kenapa tidak cuba dulu buat live dengan kami dan tengok hasilnya macam mana. Alhamdulillah, jumlah penonton ketika itu mencecah 8,000 orang yang menonton secara langsung.

Bila kami dengar cerita dia memanglah sedih sebenarnya.

AERIL ZAFREL

PELAKON DAN USAHAWAN

“Semua suka tengok Fathia dan sokong dia untuk bangkit kembali. Saya harap selepas ini semangat dia untuk bangkit itu semakin berkobar-kobar,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, kata Wawa, pengalaman membantu Fathia menjadi titik perubahan buat mereka berdua untuk terus menghulurkan bantuan kepada lebih ramai rakan artis yang memerlukan.

“Hari tersebut menjadi turning point untuk saya dan Aeril untuk bantu lebih ramai artis yang dalam kesusahan.

Wawa dan Fathia ketika membuat sesi siaran langsung bersama.

“Kami masih dalam proses mengenal pasti dan menyenaraikan artis mana yang kami nak bantu kerana kami pun berasal bukan daripada orang senang,” jelasnya.

Sebelum ini, Wawa dan Fathia mencuri perhatian netizen selepas membuat sesi siaran langsung bersama susulan luahan emosi aktres itu di akaun Threads miliknya apabila mendakwa dirinya sudah tidak menarik dan kelihatan gemuk.

Malah, Fathia turut mendedahkan berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil selepas lama tidak menerima tawaran lakonan, sekali gus menyebabkan kehidupannya berada pada fasa yang sukar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain