suria
mStar - Urban.Versatil

Bantu Fathia Latiff bangkit semula, netizen puji kemuliaan hati Aeril Zafrel dan Wawa Zainal... "Berhentilah kecam dia, moga awak bersinar kembali"

Fathia teruja melakukan siaran langsung jualan bersama Wawa.

PASANGAN selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tampil membantu aktres Fathia Latiff untuk terus bangkit dan meneruskan kehidupan selepas melalui kehidupan penuh mencabar.

Dalam satu hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Wawa hadir memberi senyuman kepada Fathia dengan menjemputnya sebagai tetamu dalam satu sesi siaran langsung semalam.

Kata Wawa, sebagai rakan selebriti dia akan selalu bersama Fathia untuk melihatnya terus berjaya dan menyinar.

Aeril dan Wawa harap Fathia kembali bangkit. 

"Buat Fathia untuk keluar daripada zon selesa bukan pilihan tapi itu adalah keperluan.

"Wawa mungkin tak faham sepenuhnya, tapi Wawa akan selalu ada untuk Fathia. Perlahan pun tidak mengapa selagi Fathia teruskan.

"Ubat luka itu hanya doa dan masa. Semua yakin satu nanti Fathia akan kembali menyinar. Kami semua sayang Fathia," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal tersentuh lihat anak sulung pujuk adik lepas gaduh, pertama kali berlaku pergaduhan besar antara adik-beradik 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kahwin tak wajib” - Fathia Latiff kongsi pendapat cari pasangan, bimbang salah pilih teman hidup

Sementara itu, meninjau ke akaun rasmi perniagaan Wawa iaitu Wawa Cosmetics, Fathia dilihat bersemangat membantu melariskan produk wangian aktres itu.

Malah Aeril juga memberi semangat kepada Fathia untuk memberanikan diri dalam siaran langsung itu dan memberi tawaran lumayan.

"Kalau Fathia berjaya dapat jualan cecah RM100,000 kami akan hantar Fathia menunaikan umrah. Tapi kalau Fathia dapat jual RM50,000 kami beri duit secara tunai,"kata Aeril.

Fathia juga tidak berhenti berterima kasih kepada Wawa dan Aeril kerana sudi menjemputnya dalam sesi siaran langsung itu.

Aeril dan Wawa terbuka membantu Fathia. 

"Terima kasih Wawa dan Aeril. Saya harap selepas ini saya akan dapat banyak tawaran kerja dan jadi seperti Wawa serta dapat bantu keluarga saya,"katanya.

Dalam beberapa perkongsian yang dimuat naik, rata-rata netizen terharu dengan sokongan luar biasa yang diberikan Wawa dan Aeril kepada Fatiya.

Malah tidak kurang juga yang menganggap Fathia masih kelihatan cantik seperti dalam drama lakonannya berjudul Ariana Rose.

"Tak pernah beli produk Wawa, tapi kali ini nak sokong. Semoga Fathia bangkit selepas ini.

"Bagus saya Wawa sokong Fathia. Biar dia lagi semangat. Berhentilah kecam dia. Moga Fathia bersinar kembali,"katanya.

Terdahulu Fathia membuat luahan di akaun Threads miliknya apabila mendakwa dirinya sudah tidak menarik dan kelihatan gemuk.

Malah Fathia juga mendedahkan dia berada pada fasa yang sukar apabila sudah lama tidak menerima tawaran lakonan sekali gus membuatkan emosinya terganggu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain