PELAKON Nazrief Nazri mengakui sudah tidak lagi aktif dalam industri takaful selepas mula memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya seni.Nazrief atau Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 34, berkata keputusan itu dibuat kerana kesibukan jadual sebagai pelakon yang menuntut komitmen tinggi. Menurut Nazrief, dia pada mulanya cuba mengimbangi kedua-dua bidang, namun rutin di set penggambaran membuatkan dia terpaksa memilih satu kerjaya untuk dilakukan dengan lebih serius.Nazrief sudah berhenti menjadi ejen takaful insurans.“Saya memang sudah tinggalkan bidang takaful. Dulu saya ada berpindah beberapa syarikat, tetapi ketika kali terakhir saya bertukar, saya sudah mula sibuk dengan kerja lakonan.“Jadi buat masa sekarang, takaful memang saya tinggalkan. Klien-klien lama saya akan berhubung dengan ketua saya dan dia yang menguruskan mereka,” katanya kepada mStar.Nazrief menjelaskan, keputusan tersebut dibuat kerana mahu memberikan sepenuh perhatian kepada lakonan selepas dihujani pelbagai tawaran dan watak penting.Katanya, sebagai pelakon yang kini memegang watak utama, dia perlu berada di set penggambaran hampir setiap hari sehingga tidak mempunyai ruang untuk komitmen lain.ARTIKEL BERKAITAN: Nazrief Nazri sanggup berhabis puluhan ribu ringgit, kuruskan badan dan tanam rambut sebelum buat ‘comeback’ARTIKEL BERKAITAN: Puji isteri cantik pun salah, Nazrief Nazri pelik sikap ‘bitter’ di media sosial“Tak boleh,kena pilih satu. Kalau nak buat dua-dua memang susah.“Sekarang pun saya berlakon watak utama, jadi hampir setiap hari di set penggambaran."Sudah tiada masa nak fokus pada bidang takaful,” jelasnya.Nazrief bersama pelakon-pelakon drama Setiaku Berdiri.Sementara itu, Nazrief bakal muncul dalam drama terbaharu arahan Rashid Sibir berjudul Setiaku Berdiri. Selain Nazrief, drama tersebut turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sweet Qismina dan Aidit Noh.Setiaku Berdiri bakal mula bersiaran pada 15 Disember ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!