SERING memuji kecantikan isteri secara terbuka di media sosial, ada pula kurang senang dengan tindakan pelakon Nazrief Nazri.
Ada menganggap Nazrief tidak perlu berbuat demikian termasuk mempamerkan rasa cinta terhadap isteri secara terang-terangan.
Tidak peduli dengan pandangan netizen, Nazrief atau Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 34, sebaliknya melihat apa dilakukan adalah haknya sebagai seorang suami.
Nazrief sering memuji isterinya cantik.
"Suka hati sayalah nak puji isteri sendiri cantik, itu isteri saya bukan awak!
"Kalau tak rasa cantik, saya yang rasa cantik.
"Cantik itu subjektif, awak nak 'bitter' sangat kenapa?," katanya.
Nazrief meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya pada Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki mesej nak cium ‘sesuatu’, Nazrief Nazri anggap ‘syaitan’ terlepas di bulan Ramadan - “Tak puasa ke?”
ARTIKEL BERKAITAN: Nazrief Nazri makin laris sejak kurus, diganggu lelaki ‘sangap’ berani hantar gambar kemaluan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikkan rupa paras isteri Nazrief iaitu Aizatul Aqma.
Malah mereka meminta Nazrief mengabaikan kata-kata negatif dilemparkan kepada terhadap dirinya dan isteri.
"Tapi isteri Nazrief memang cantik, saya yang perempuan pun rasa dia lawa.
"Baguslah dia puji isteri dia cantik, kenapa netizen nak kecam-kecam pula.
Nazrief bahagia bersama isteri tercinta.
"Isteri awak memang cantik, abaikan kata-kata negatif netizen tu," tulis netizen.
Untuk rekod, Nazrief mendirikan rumah tangga dengan Aizatul pada November 2019.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 4 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!