suria

Fauziah Latiff cerewet orangnya, punca 9 tahun tiada lagu baharu

Fauziah cerewet bila memilih lagu baharu.

CEREWET memilih lagu menjadi faktor utama penyanyi Fauziah Latiff tidak mengeluarkan sebarang single baharu sejak sembilan tahun lalu 

Fauziah atau Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 55, berkata, pada tahap ini dia mempunyai tanggungjawab menerbitkan lagu dengan unsur positif kepada pendengar.

"Saya sejujurnya memang cerewet bab memilih lagu untuk dijadikan sebagai single.

Fauziah cerewet dalam memilih lagu untuk single terbaharu.

"Ada beberapa lagu diberikan tapi saya perlu pilih dengan berhati-hati dan teliti karya yang sesuai dengan saya.

"Lagipun sebagai penyanyi kita juga ada tanggungjawab untuk sampaikan perkara positif kepada pendengar,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, lagu berjudul Takdir Cinta merupakan single terakhir yang dirakamkan Fauziah pada tahun 2016.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap tahun dapat tawaran buat konsert tapi Fauziah Latiff belum sedia

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30 tahun dalam industri… Fauziah Latiff lebih percaya bakat daripada jumlah ‘follower’ IG

Dalam pada itu, Fauziah tiada masalah untuk bekerjasama dengan komposer dan penulis lirik baharu sebaliknya mengalu-alukan karya daripada mereka. 

Malah jelas Fauziah, dia ada menerima beberapa tawaran namun belum jumpa lagu sesuai untuk dijadikan single.

"Sudah tentu saya terbuka untuk bekerja dengan mana-mana komposer dan penulis lirik baharu.

Fauziah gembira dengan sambutan lagu Tak Terpisah.

"Saya juga ada dapat tawaran daripada mereka cumanya mungkin belum ada jodoh untuk bekerjasama," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fauziah teruja apabila lagu duet bersama penyanyi JessC berjudul Tak Terpisah mendapat sambutan menggalakkan.

Selepas tujuh hari dimuat naik menerusi saluran YouTube JessC, muzik video lagu berkenaan sudah mencapai lebih 800,000 jumlah tontonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain