SEMPENA sambutan hari ibu, usahawan sensasi Datuk Seri Vida menyimpan hasrat untuk melihat anak sulungnya iaitu Cik B mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata.
Vida atau Hasmiza Othman, 54, berkata, meskipun anak perempuannya itu sering menerima jolokan sebagai ‘tomboi’ namun dia percaya Cik B mampu berubah dan memiliki sikap kewanitaan.
“Insya-Allah satu hari nanti Cik B akan jadi seorang anak bersikap gegirl (perempuan), siapa kutuk Cik B tomboi satu hari nanti anda akan lihat sendiri.
“Saya tidak akan berdiam diri, sebagai seorang ibu saya ingin melihat kejayaan, kecantikan dan kekayaan serta ingin lihat Cik B berumah tangga.
Vida yakin Cik B mampu berubah dan memiliki sikap kewanitaan.
“Saya nak lihat sangat Cik B ada anak, hari ibu kepada saya adalah Allah anugerahkan putera dan puteri (anak) di dunia dan di akhirat,” katanya.
Vida berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.
Dalam pada itu, Vida menzahirkan rasa syukur kerana dianugerahkan cahaya mata yang menjadi penyeri dalam kehidupannya.
Kongsi Vida, dia tidak pernah kesal dengan kelahiran anak-anaknya meskipun mereka mempunyai kekurangan tersendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Cik B seronok sudah ada kawan perempuan, semakin selesa tonjol sisi kewanitaan
ARTIKEL BERKAITAN: Vida kerja keras agar tak hidup susah, Cik B kecewa dituduh tumpang kesenangan ibu
“Kalau anda (netizen) tengok saya terlalu manjakan Cik B sebenarnya saya tak tahu nak ekspresikan macam mana saya rasa bertuah Allah anugerahkan zuriat kepada saya.
“Bila saya fikir balik, Cik B cakap mama lahirkan Cik B lahirkan macam ini, mama rasa sedih tak?
“Eh taklah, cukup sifat pun Alhamdulillah. Cik B hebat! Mungkin sebab faktor pemakanan, hormon, hidup selesa semua saya sediakan untuk Cik B, jadi Cik B chubby (berisi),” ujarnya.
Vida (tengah) bersyukur dianugerahkan zuriat dalam hidupnya.
Untuk rekod, Vida pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun semuanya berakhir dengan penceraian.
Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, merupakan anak hasil daripada perkahwinan pertama Vida bersama Muhammad Amin Yasin.
Selain Cik B, pasangan tersebut turut dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki termasuk Eric Zaquan dan Kacak.
Bagaimanapun anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 3 Ogos 2013.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!