PELAKON Farahdhiya kagum dengan golongan wanita yang mampu berdikari tanpa bergantung hidup kepada seorang lelaki.
Faradhiya atau Nur Farahdhiya Mohd Amin, 41, bagaimanapun tidak menyangkal adalah fitrah bagi setiap wanita untuk hidup berpasangan dan mempunyai suami sebagai pembimbing keluarga.
“Saya sebenarnya sangat gembira bila melihat ramai wanita sekarang boleh berdiri di atas kaki sendiri (berdikari), boleh hidup tanpa mengharapkan lelaki. Saya tabik hormat kepada mereka.
Farahdhiya
“Tapi tidak dinafikan jauh di sudut hati ini kita semua mahu hidup dengan ‘ketua keluarga’ (suami) yang boleh membimbing menjadikan diri kita lebih baik dalam semua segi. Insya-Allah,” katanya.
Farahdhiya berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.
Farah bagaimanapun tidak terburu-buru untuk berumah tangga walaupun usianya sudah mencecah 41 tahun sebaliknya menyerahkan hal jodoh kepada Allah SWT.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Melampau! Farahdhiya bengang, menangis tengok foto arwah bapa disunting... “Gambar itu tak boleh diterima akal”
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada maaf! Farahdhiya buat report polis, mahu heret individu sunting wajah arwah bapa ke mahkamah
Kata pelakon drama Geng Daddy Daddy ini, dia tidak kisah sekiranya bertemu jodoh agak lewat kerana tidak mahu tersalah memilih pasangan.
“Biar lambat asalkan selamat, biar tepat jangan main rembat. Pada akhirnya jodoh itu kerja Dia (Allah), seorang orang nak kahwin, semua orang nak yang terbaik,” ujarnya.
Pada Khamis lalu, Farahdhiya memuat naik hantaran di Instagram memberitahu dirinya masih mempunyai harapan untuk berkahwin meski pun usianya sudah mencecah 41 tahun.
Ia susulan melihat pelakon Indonesia Luna Maya yang menamatkan zaman bujang pada usia 42 tahun bersama pilihan hatinya iaitu Maxime Bouttier.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!