suria

Haiza tolak guna produk pelangsing, sanggup upah PT kuruskan badan

Haiza tidak mahu harapkan bimbingan suami untuk berlatih melakukan senaman.

PENYANYI dan penyampai radio Haiza sanggup menggunakan khidmat jurulatih peribadi atau personal trainer (PT) dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Meskipun suami sendiri iaitu Norhanaphe Omar merupakan bekas atlet, bagi Haiza atau Rohaizah Nordin, 45, dia lebih selesa mendengar nasihat orang lain.

“Biasalah kalau dengan suami sedikit manja, jadi susah nak dengar nasihat sedangkan dia sendiri sudah menunjukkan bukti. Dia tahu amalan untuk menjaga berat badan.

Haiza tidak mahu harapkan bimbingan suami untuk berlatih melakukan senaman.

Haiza kini giat berusaha mengekalkan berat badan ideal.

“Kalau dengan coach saya akan buat sahaja apa yang disuruh. Lebih senang dengar cakap orang lain berbanding suami sendiri dalam usaha nak turunkan berat badan.

“Walaupun sebenarnya jika dengan suami tak perlu keluar duit," katanya kepada mStar.

Haiza mula menjalani latihan sejak Disember tahun lalu dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak empat kilogram dalam tempoh empat bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Haiza sedia ikut permintaan peminat, sanggup keluar wang sendiri rakam album baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Agong dedah Haiza penyanyi kegemaran Almahrum ayahanda, kenal Mat Dan - “Boleh cakap Pahang?”

Idea untuk memulakan langkah ini terdetik selepas dia membaca satu kajian tentang rakyat Malaysia yang kurang mengamalkan senaman berjalan.

Dalam masa sama, penyanyi ini juga berharap perubahan ini dapat memberi membawa kesan positif terhadap perjalanan kerjaya seni yang mencecah 30 tahun.

"Sebelum ini berat badan saya 67 kilogram dan sasaran mahu cecah 60 kilogram. Tetapi saya dinasihatkan tidak terlalu kurus.

Kalau dengan coach saya akan buat sahaja apa yang disuruh.

HAIZA

PENYANYI/PENYAMPAI RADIO

"Saya ambil cabaran apabila terbaca tentang satu kajian dan mula berjalan untuk meningkatkan jumlah langkah dalam tempoh satu hari.

"Tahun ini juga genap 30 tahun perjalanan dalam industri dan saya tidak mahu sia-siakan segala yang telah diusahakan selama ini. Harap kerjaya saya akan terus bersambung," jelasnya.

Bercakap lanjut, Haiza tegas dengan pendirian tidak mahu menerima sebarang tawaran untuk mempromosikan produk pelansingan badan.

Haiza mahu kerjaya nyanyian terus berkembang.

Sebagai seorang yang dikenali, dia harus memberi contoh terbaik kepada pengikut supaya tidak mengambil jalan mudah sehingga memberi kesan kepada diri sendiri.

"Saya tidak mahu tipu diri sendiri dan pengguna. Saya juga ambil tanggungjawab untuk beri kesedaran kepada orang ramai.

"Sekarang ini ramai yang ambil jalan mudah (pembedahan) untuk kurus dan kemudian tampil dengan produk pelangsingan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain