suria

Haiza sedia ikut permintaan peminat, sanggup keluar wang sendiri rakam album baharu 

Haiza mahu cuba pelbagai jenis genre lagu.

PENYANYI Haiza masih menyimpan hasrat menghasilkan album terbaharu bagi memastikan namanya terus relevan dalam industri seni suara.

Haiza atau Rohaizah Nordin, 43, berkata dia bersedia untuk menghasilkan pelbagai jenis genre lagu mengikut pemintaan peminatnya.

Malah kata Haiza, dia juga bersedia mengeluarkan wang sendiri untuk menerbitkan album berkenaan seperti mana pernah dilakukan 23 tahun lalu.

407683346_18405296416035011_6171738547507561487_n

Haiza tak takut keluarkan duit sendiri untuk hasilkan album.

"Saya sedang cuba untuk buat album sebab dah lama tak buat album. Kalau tak rakam lagu baru pun saya nak menyanyi lagu lama tapi tukar menjadi lebih segar untuk peminat sekarang.

"Saya ikut kepada dengan pemintaan peminat. Sebagai penyanyi saya rasa tak boleh cuba satu genre saja, kita dah tak macam dulu," katanya kepada mStar.

Menurut Haiza, hasrat itu tercetus apabila perkembangan kerjayanya sudah tidak lagi menjadi bualan ramai dan bimbang dilupakan sebagai seorang penyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Haiza kongsi pengalaman peminat datang beraya tak balik-balik, terpaksa layan sampai lewat malam

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan labelkan semua penyanyi dangdut sama” - Haiza jaga tingkah laku atas pentas, sedar diri dah berkeluarga

Katanya, ketika ini sudah bertemu dengan beberapa orang yang sudi merialisasikan impian itu namun ia masih dalam perancangan.

"Sebenarnya bila tak ada album rasa tak seronok, saya rasa bila kawan-kawan lama jumpa macam tak ada topik perbualan.

"Jadi bila ada album boleh jadi bahan bualan sikit," katanya lagi.

Sebagai penyanyi saya rasa tak boleh cuba satu genre saja, kita dah tak macam dulu.

HAIZA

PENYANYI/PENYAMPAI RADIO

Dalam pada itu, Haiza juga menganggap pekerjaan sebagai penyampai radio bukan penghalang menghasilkan pelbagai jenis lagu meskipun peluang memutarkan lagu sendiri tidak mudah.

Menurutnya dia percaya pada rezeki yang tertulis selain penggunaan strategi untuk mempromosikan lagu baharunya nanti.

"Sebagai seorang penyanyi yang sentiasa mahu merakam lagu baharu itu bukan halangan. Kalau kena strategi dan promosi yang betul insya-Allah.

"Tapi saya rasa kuasa viral itu yang main peranan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain