suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Watak diparodikan bukan satu penghinaan, Que Haidar anggap petanda lakonan berjaya

PELAKON Que Haidar memberitahu dia tidak berkecil hati apabila watak yang pernah dibawakannya menjadi bahan parodi dan gurauan masyarakat.

Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haida, 47, berkata dia menganggap itu sebagai perkara positif yang membuktikan karakter itu meninggalkan impak sehingga masih diingati penonton.

“Saya okey sahaja sebab saya tahu itu watak saya, watak yang saya bawakan jadi, saya okey.

“Bagi saya, apabila orang ingat kerja-kerja yang kita buat, selagi orang ingat hasil kerja kita, saya sudah cukup gembira nama itu perkara kedua, apabila kita menghasilkan lakonan yang bagus, orang akan mula tertanya-tanya siapa pelakonnya. 

“Contohnya, apabila saya membawa watak mafia atau watak dalam Castello dan Sepet, mungkin ada yang tertanya-tanya, siapa pelakon yang membawa watak tu katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi