suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenalan lama datang nak pinjam duit belikan hadiah untuk ‘boyfriend’... Auddra tak selesa kawan ambil kesempatan!

PENYANYI Auddra Zulkifli memberitahu dia pernah berdepan pengalaman tak menyenangkan apabila ada kenalan cuba mengambil ksesempatan dengan meminjam wang.

Lebih mengejutkan, Auddra atau mesra dipanggil Oddah, 17, berkata individu berkenaan mahu meminjam sebanyak RM400 semata-mata kerana mahu membelikan hadiah sempena hari lahir teman lelaki.

Mengakui tidak selesa dengan situasi tersebut, membuatkan dia nekad menjauhi individu berkenaan.

“Saya berkawan dengan sesiapa sahaja tak kisah awak kaya atau tidak. Kalau awak kaya, tak semestinya saya nak berkawan dengan awak hanya sebab awak kaya.

“Saya lebih pentingkan niat walaupun awak hidup sederhana, tetapi niat baik, ikhlas nak berkawan dengan saya dan layan saya dengan baik, jadi saya akan berkawan dengan awak.

“Baru-baru ini, saya ada memutuskan persahabatan dengan seorang kawan sebenarnya kami dah lama berkawan, cuma sejak saya dah popular, dia semakin kerap meminta duit daripada saya... Pernah dia minta RM400 sebab nak beli hadiah untuk hari jadi teman lelaki dia... lepas itu, saya terus fikir, okey, bye," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi