suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahida Rafik tiada rancangan ‘comeback’, fokus keluarga dan jaga ibu bapa... Kerap ke gimnasium demi kesihatan

PELAKON Zahida Rafik memaklumkan buat masa ini dia tiada sebarang perancangan untuk kembali bergiat aktif dalam industri hiburan.

Menurut Zahida, 51, keputusan itu dibuat kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan menjaga ibu bapanya yang semakin berusia.

Selain itu, jadual penggambaran yang padat juga menyukarkan dirinya untuk membahagikan masa antara kerjaya dan urusan peribadi.

"Saya sudah lama tinggalkan dunia lakonan, perasaan rindu itu kadang-kadang ada, tapi bila fikirkan komitmen di lokasi penggambaran yang memakan masa hingga tak ada masa nak balik, semua itu buat saya rasa pening kepala.

"Fokus utama saya sekarang adalah untuk menjaga ibu dan ayah walaupun ada pembantu rumah yang bantu tapi saya sendiri yang menguruskan keperluan mereka," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zahida memberitahu masih ramai penerbit dan pengarah yang mencuba nasib untuk menawarkannya kembali berlakon seperti dahulu.

"Sekarang ni mungkin tiada yang tawar berlakon tapi sebelum ada juga kak Erma Fatima dah banyak kali ajak dan pujuk... 'Alah, buatlah sikit dalam dua tiga hari'. Mula-mula saya teruja, tapi akhirnya tak jadi juga. Sampai dia pun kata 'kau memang takkan datanglah'," luahnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi