PENERBIT dan pengarah Erma Fatima kekal tenang mendepani kecaman netizen selepas fotonya bersama penulis novel Kaisar, Mustaqim Jiwa di Festival Novel Malaysia mengundang salah faham.Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 58, berkata sebagai seorang pengkarya, dia berhak menentukan sendiri karya yang dirasakan sesuai untuk dihasilkan tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada orang ramai. Menurutnya, tiada pihak berhak menghalangnya andai dia berminat untuk mengadaptasi novel tersebut ke dalam bentuk drama atau filem.Erma malas layan kecaman netizen.“Kalau saya nak ambil pun, saya punya suka. Siapa mereka untuk menghalang saya daripada mengambil novel itu? Mereka tiada hak untuk menghalang saya daripada mengambil Kaisar sebagai drama atau filem. Itu hak saya!“Sebagai pengkarya, saya ada hak untuk memilih karya siapa yang saya nak buat. Mereka tiada hak apa-apa. Mereka nak tengok, tengoklah. Tak nak tengok, sudah. Itu sahaja.“Sebab kalau saya keluarkan drama pun, saya tak minta tuntutan apa-apa daripada mereka. Kalau rasa tak suka, jangan tengok atau kutuk,” katanya.Erma berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Tahlil Tun Hasmah anjuran Datin Seri Umie Aida yang berlangsung di kediamannya di Kuala Lumpur pada malam Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: “Kau setakat sedu-sedan masuk set macam kau artis popular nau” – Erma Fatima tegur ‘attitude’ diva, setuju kenyataan Namron soal bayaran tinggiARTIKEL BERKAITAN: [V] Erma Fatima sibuk jadi ’mak pengantin’ bakal sambut menantu lelaki sulungMenurut Erma, dia menganggap kecaman yang dilemparkan terhadapnya di Threads sebagai perkara yang tidak bermanfaat.“Mereka nak cakaplah berbuih-buih di Threads itu. Pertama sekali, saya memang tak baca Threads. Buang masa sahaja nak kutuk saya di situ.“Saya tahu bila musim kenduri kutuk, memang saya tak baca langsung. Komen di Instagram pun jarang saya baca, apatah lagi ketika musim kenduri kutuk,” katanya.Mengulas mengenai sesi pembentangan atau pitching session adaptasi novel yang berlangsung itu, Erma berkata acara berkenaan terbuka kepada orang ramai. Siapa kita nak hakimi karya dia buruk atau tidak?ERMA FATIMAHPENGARAH/PENERBITJusteru, dia menyifatkan tindakan netizen menyasarkan Mustaqim sebagai sesuatu yang tidak wajar kerana penulis muda itu hanya hadir untuk membentangkan karyanya.“Budak itu tiada dosa apa. Dia menulis novel dan datang untuk pitch novel dia kepada saya. Siapa pun saya buka untuk pitch novel. Dia mungkin boleh jadi filem kalau bagus, boleh jadi drama."Ada ramai yang datang pitch pada hari itu, kenapa pergi serang dia? Apa dosa budak itu? Kau sudah baca ke novel dia yang nak kata novel dia tak berjenis? Itulah manusia, menghukum saja," ujarnya.Dalam pada itu, Erma berkata dia lebih menghargai individu yang berusaha menghasilkan karya berbanding mereka yang hanya menggunakan media sosial untuk melemparkan komen negatif terhadap orang lain.Antara kecaman yang dilemparkan kepada Erma.Malah, dia menyeru masyarakat supaya menyokong golongan muda yang memilih untuk berkarya dan mencari rezeki menerusi penulisan.“Setidak-tidaknya budak itu tulis novel. Dia bukan tulis komen yang buruk-buruk tentang orang di media sosial.“Dia lebih bijak daripada orang yang buat perkara itu kerana kadang-kadang apabila menulis, keluar pula kebodohan sendiri.“Mereka tak tahu apa-apa tetapi sebab tangan gatal nak menulis komen. Lebih baik jadi manusia yang berfikiran waras sedikit.Pertemuan Erma dan Mustaqim yang menerima pelbagai kecaman.Erma turut menyifatkan Mustaqim sebagai seorang yang mempunyai akhlak baik dan tidak wajar karyanya dihukum sebelum dibaca.“Budak itu akhlaknya baik. Tak ada pula saya tengok akhlak dia buruk. Siapa kita nak hakimi karya dia buruk atau tidak? Mungkin ada mesej yang dia cuba nak sampaikan dalam novel itu.“Jadi, berhentilah netizen yang kerjanya hanya mengutuk,” tegasnya.Sebelum ini, nama Erma menjadi bualan dalam kalangan pengguna Threads yang meluahkan kebimbangan jika pengarah dan penerbit itu memilih novel Kaisar sebagai salah satu karya terbaharunya.