suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mimifly seronok kerja dengan Hael Husaini, berduet lagu jiwa Melayu

Hael dan Mimifly berduet dalam lagu Garah.

DUA nama besar dalam industri muzik tanah air, Hael Husaini dan Mimi Fly tampil berpadu suara menerusi naskhah kolaborasi sulung mereka berjudul Garah.

Diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment, karya pop moden ini tampil unik apabila menyuntik gabungan warna muzik Nusantara bersama elemen pop-rock dan hip-hop, sekali gus menghasilkan sebuah alunan muzik yang dramatik, bertenaga serta sarat dengan identiti tempatan.

Garah menceritakan tentang pencarian hati dan sesuatu yang sukar ditemui.

Lagu tersebut bergenre pop-rock dan hip-hop.

Ia menggambarkan perjalanan seorang insan mencari perkara yang dirasakan hilang sedangkan jawapan tersebut sebenarnya tersembunyi di dalam diri sendiri.

Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 40, berkata proses rakaman dan penciptaan lagu berkenaan memberi ruang buat dirinya untuk bereksperimen dengan pendekatan yang lebih bebas tanpa batasan.

“Saya sangat teruja kerana akhirnya dapat bekerjasama dengan Hael dalam sebuah lagu. Kami hadir dengan karakter serta cara kerja yang berbeza, jadi proses penghasilan Garah memang sangat menyeronokkan.

“Saya juga turut terlibat dalam penciptaan lagu ini dan kami berusaha mencari keseimbangan antara elemen moden dengan bunyi yang dekat dengan jiwa masyarakat kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Mimifly ‘sapu‘ 5 trofi AIM25, Vokal Wanita dan Lagu Terbaik milik Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Fly sangat rajin, dedikasi ketika latihan… Tiara Jacquelina puji pelakon PGLTM

“Saya rasa pendengar akan dapat merasakan sesuatu kelainan apabila mendengar karya ini,” katanya. 

Sementara itu, Hael atau Hal Husaini Razmi, 39, menyifatkan projek bersama Mimi itu sebagai satu impian yang sekian lama dinantikan.

“Saya anggap kolaborasi bersama Mimi ini memang sesuatu yang sudah lama ditunggu kerana ini julung-julung kali kami digabungkan bersama.

Hael anggap kolaborasi ini dinanti-nantikan ramai. 

“Garah mempunyai warna tersendiri dan kami mahu menghasilkan karya yang segar, tetapi pada masa sama tetap mengekalkan rasa tempatan. Gabungan pop, rock dan hip-hop memberi tenaga berbeza manakala liriknya ada sisi yang mendalam.

“Saya berharap peminat dapat menikmati karya ini bukan sahaja daripada sudut muziknya, tetapi juga kisah yang cuba kami sampaikan,” jelasnya. 

Garah dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman digital sejak 25 September, manakala video muzik rasmi boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi Rocketfuel Entertainment.

Artikel Lain