HASRAT penyanyi Tomok menjejaki sahabatnya, Syuk yang juga merupakan bekas anggota kumpulan New Boyz bukan sekadar mahu bersua muka.Malah Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 42, memasang impian agar Syuk dapat kembali beraksi bersama New Boyz dalam konsert mereka yang bakal berlangsung pada Disember. "Saya dah adakan beberapa konsert bersama New Boyz sebelum ini tanpa dia, jadi sebab itu kali ini berharap Syuk dapat sertai kami.Tomok tidak putus harapan mencari Syuk. "Kalau boleh nak dia sama-sama tampil membuat persembahan. Apa pun saya kena cari dia dahulu dan berbincang jika dia mahu sertai. Dia ramai peminat dan semua menunggu kemunculan semula Syuk," katanya ketika dihubungi mStar.Tomok sebelum ini memuat naik status di Instagram miliknya memohon bantuan ramai untuk mencari Syuk selepas lebih sepuluh tahun mereka tidak berhubung.Menurut Tomok, dia sendiri tidak pasti di mana lokasi sahabatnya itu berada dan punca dia menghilangkan diri.ARTIKEL BERKAITAN: Tomok mohon bantuan cari Syuk New Boyz, dah berbelas tahun putus hubungan ARTIKEL BERKAITAN: Berbelas tahun imej botak, Tomok kini nampak muda selepas berambut... Harap dapat tawaran berlakon"Kami sempat merakamkan dua album bersama. Tahun 2003 dia keluar New Boyz tapi kami masih berhubung. Namun sekitar tahun 2010 rasanya kami sudah terputus hubungan."Saya pun tak tahu kenapa dia tiba-tiba menghilang. Banyak perkara yang saya nak ceritakan dan luahkan kepada dia. Saya amat berbesar hati kalau dia dapat sertai konsert di Singapura nanti," ujarnya.Berkongsi tentang hantaran yang dimuat naik sebelum ini, Tomok memberitahu dia banyak menerima respons daripada peminat.Lima anggota asal New Boyz.Bagaimanapun, belum ada sebarang maklumat terperinci berkaitan lokasi atau cara menghubungi Syuk."Ramai yang beri maklum balas. Ada yang hantar link akaun TikTok dia, namun saya lihat kali terakhir aktif pada tahun 2024," jelasnya.Untuk rekod, Syuk merupakan anggota asal kumpulan New Boyz yang bertindak sebagai pemain bes.