suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua tahun ‘hilang‘, Chubb-E mahu aktif semula... ”Saya tak rasa orang akan lupa”

Chubb-E rancang lancarkan sekurang-kurangnya sebuah lagu baharu setiap bulan.

SELEPAS dua tahun menyepi daripada industri muzik, penyanyi dan pelakon Chubb-E kembali dengan semangat baharu untuk menghasilkan lebih banyak karya.

Chubb-E atau Muhammad Sharul Ashlyn bin Awang Ashrul Affandy, 27, berkata sepanjang tempoh itu dia bertindak mengumpul material serta menghasilkan lagu sebagai persiapan untuk kembali aktif dalam bidang muzik.

“Saya sekarang ini baru nak comeback muzik balik. Saya dah rehat dua tahun dan dalam tempoh itu sebenarnya saya kumpul lagu dan macam-macam lagi.

Chubb-E mahu fokus muzik berbanding lakonan.

“Saya perasan beberapa tahun sebelum saya berehat, saya terlalu banyak muncul di televisyen dan buat kerja lain selain muzik,” katanya.

Lebih menarik, Chubb-E merancang melancarkan sekurang-kurangnya sebuah lagu baharu setiap bulan bermula Oktober ini.

Katanya, dia juga sudah melancarkan sebuah lagu pada awal September lalu, manakala beberapa karya lain kini dalam proses untuk diperkenalkan kepada peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintangi filem AI pertama Malaysia, Chubb-E yakin teknologi tidak ambil alih tugas pelakon

ARTIKEL BERKAITAN: Disamakan dengan tukang cuci, Chubb-E tak terasa hati dengan Diva AA - “Kenapa saya nak kena peduli apa orang kata?”

“Banyak lagu yang dah sedia. Bulan depan, insya-Allah ada satu single dan setiap bulan akan ada lagu baharu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chubb-E tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan penyanyi lain pada masa akan datang.

Bagaimanapun, buat masa ini dia mahu memberi tumpuan kepada usaha memperkenalkan semula dirinya sebagai artis solo terlebih dahulu.

“Saya nak keluarkan single secara solo terlebih dahulu supaya orang kenal semula saya sebagai Chubb-E. Selepas itu barulah saya akan dekati artis lain untuk kolaborasi,” jelasnya.

Kadang-kadang ia boleh buat kita penat dari segi mental.

CHUBB-E 

PENYANYI/PELAKON

Ditanya mengenai kebimbangan sekiranya peminat mula melupakannya sepanjang tempoh dua tahun menyepi, Chubb-E berkata perkara itu bukan menjadi fokus utamanya.

“Saya tak rasa orang akan melupakan saya. Cuma untuk comeback ini, saya mahu orang tengok saya sebagai Chubb-E yang buat muzik.

“Saya tak mahu orang kenal saya hanya kerana pernah berkolaborasi dengan artis tertentu. Saya nak berdiri sebagai artis sendiri,” kongsinya.

Sementara itu, Chubb-E mengakui masih menerima tawaran berlakon namun akan mengurangkan penglibatannya dalam bidang tersebut bagi memberi lebih ruang untuk fokus kepada muzik.

Chubb-E masih lagi terima tawaran lakonan.

Malah, sebuah drama lakonannya juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran dan kini menunggu tarikh tayangan.

“Berlakon masih lagi. Memang saya masih berlakon, cuma saya kurangkan sedikit sebab kali ini saya nak fokuskan muzik. Bila berlakon memang susah nak cari masa untuk buat muzik. Kadang-kadang ia boleh buat kita penat dari segi mental.

 “Bila buat lagu pula, kita perlukan idea dan perlu menggunakan fikiran. Jadi apabila dua-dua berjalan serentak, kadang-kadang ia boleh memberi kesan kepada kedua-duanya. Jadi bagi saya, kita kena pilih satu untuk diberi fokus,” jelasnya.

 

Artikel Lain