suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zulkifli Ismail hairan putik kapas lama ditemui dalam telinga - ”Sebaik saja dikeluarkan, pendengaran makin jelas”

Zulkifli terkejut dalam telinga ada putik kapas.

GARA-GARA kerap mengorek telinga, pelakon Zulkifli Ismail terkejut apabila doktor menemukan putik kapas yang dipercayai sudah lama tertinggal di dalam telinganya.

Zulkifli, 63, berkata perkara itu disedarinya ketika menjalani pemeriksaan susulan masalah hidung di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia pada Selasa lalu.

"Selesai membuat pemeriksaan hidung, Mister Edwin, doktor pakar telinga hidng dan tekak (ENT), memeriksa telinga.

Perkongsian yang dibuat Zulkifli di Instagram miliknya.

"Saya terkejut apabila diberitahu ada 'cotton bud' tertinggal dalam telinga. Tak tahu sejak bila.

"Terima kasih Mister Edwin yang berjaya mengesan dan mengeluarkannya," katanya menerusi hantaran di Instagram.

Menurut pelakon veteran itu, dia mendapati pendengarannya menjadi semakin jelas selepas putik kapas berkenaan dikeluarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zulkifli Ismail jalani ujian ‘sleep studies’, bimbang nafas terhenti ketika nyenyak tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Beli rumah bukan keutamaan, Zulkifli Ismail selesa 38 tahun hidup menyewa…“Saya tiada pendapatan tetap, susah buat pinjaman”

"Sebaik saja dikeluarkan, saya rasa pendengaran semakin jelas. Inilah akibatnya kalau suka mengorek telinga.

"Sebenarnya, mengorek telinga bukanlah cara yang betul untuk penjagaan telinga. Sila rujuk dengan pakar kesihatan," ujarnya.

Dalam pada itu, Zulkifli turut berkongsi perkembangan positif mengenai masalah hidung yang dialaminya sejak beberapa bulan lalu.

Zulkifli mengalami pendarahan hidung.

Katanya, dia kini tidak lagi mengalami pendarahan hidung sejak tiga bulan kebelakangan ini selepas berdepan masalah berkenaan secara kerap.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci punca masalah pendarahan hidung yang dialaminya.

"Semalam saya ke HCTM untuk rawatan susulan masalah hidung saya. Alhamdulillah, kesihatan hidung semakin baik.

"Tidak ada pendarahan dalam tempoh tiga bulan. Sebelum ini, sepanjang enam bulan, pendarahan kerap berlaku. Ada kalanya dua kali dalam seminggu," jelasnya.

Artikel Lain