Tugas di dapur termasuk menyediakan hidangan bukan tanggungjawab mutlak seorang isteri. -Gambar hiasan AI
DALAM sesebuah perkahwinan, sikap saling membantu dan bertolak ansur merupakan antara kunci penting untuk mengekalkan keharmonian hubungan suami isteri.Apabila kedua-duanya bekerja, tanggungjawab menguruskan rumah tangga seharusnya dipikul bersama dan bukannya diletakkan sepenuhnya di bahu isteri, termasuklah soal menyediakan makanan. Ramai beranggapan memasak merupakan tanggungjawab mutlak seorang isteri, sehingga ada yang terlalu bergantung kepada 'orang rumah' untuk menyediakan hidangan, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang wanita ini.Suami isteri sewajarnya bertimbang rasa dalam menguruskan hal rumah tangga. -Gambar hiasan AI"Saya ni kerja, balik pukul 10 malam. Sampai rumah pukul 10.30 macam tu la."Normal ke suami sanggup tunggu saya balik untuk masak lauk. Sedangkan dia balik lepas maghrib, sempat tanak nasi je," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.Tambah wanita tersebut, dia sebenarnya hairan dengan sikap suaminya yang hanya tahu menunggu hidangan tersedia di meja makan, namun enggan memperbesarkan perkara berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: “Stres hidup dengan orang busuk!” - Isteri dedah tabiat pengotor suami malas mandi, bau kepam menusuk sampai luar rumahARTIKEL BERKAITAN: Suami malas kerja, isteri asyik kena gadai emas 'cover' komitmen bulanan! Ramai suruh cerai sebelum ada anak dengan biawak hidup"Kalau pagi, ada masanya saya tak larat masak. Tapi dia tetap akan tanya... tak ada sarapan ke? "Sedangkan semalam saya asyik berjaga malam sebab anak meragam," luahnya lagi.Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya mengecam suami wanita tersebut.Seorang wanita hairan apabila suaminya sanggup menunggu dia pulang kerja untuk memasak lauk biarpun lewat.Wanita itu biasanya tiba di rumah sekitar pukul 10.30 malam, sedangkan suaminya pulang lebih awal.Suaminya juga sering bertanya jika dia tidak memasak, sedangkan dia keletihan menjaga anak.Warga maya mengecam sikap si suami yang dilihat terlalu bergantung kepada isteri.Mereka berpendapat suami perlu lebih bertimbang rasa dan mengambil inisiatif demi meringankan beban isteri.Ringkasan ini dijana oleh AIMereka berpendapat suami sepatutnya lebih memahami keadaan isteri yang turut bekerja dan menguruskan anak, bukannya mengharapkan pasangan menyediakan makanan setiap kali pulang ke rumah."Suami yang ada empati dan common sense akan masak atau tapaukan lauk. Kalau dia tak buat, sis kena beritahu dia. Komunikasi adalah kuncinya."Kena terus terang dengan dia. Lepas tu bagi cadangan apa yang patut dia buat."Tak normal, patut suami kena sediakan makanan. Susah ke nak order atau bungkus kalau tak nak masak? Ini kalau bini mati, dia pun mati kebuluran," komen netizen.