suria

Suami malas kerja, isteri asyik kena gadai emas 'cover' komitmen bulanan! Ramai suruh cerai sebelum ada anak dengan biawak hidup

Kaum isteri pasti tertekan apabila suami tidak memainkan peranan dalam keluarga. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan tekanan yang dialaminya apabila terpaksa menanggung hampir keseluruhan komitmen rumah tangga kerana suami kerap berhenti kerja.

Menurut perkongsiannya di Facebook, dia mempunyai kerjaya yang stabil dan sudah enam tahun berusaha untuk mendapatkan zuriat (trying to conceive).

Namun dalam masa sama, dia berdepan cabaran kewangan apabila suaminya tidak konsisten atau bersikap sambil lewa dalam pekerjaan.

"Saya seorang isteri yang bekerja, ada suami yang sering berhenti kerja. Bila mula balik kerja beberapa bulan, dia berhenti semula.

Suami sepatutnya tidak berpeluk tubuh dan mencari kerja untuk tanggung keluarga. -Gambar hiasan AI

"Setiap kali berhenti, saya perlu pajak emas untuk kelangsungan hidup sebab kami kena bayar sewa rumah, kereta dan barang makanan.

"Kadang penat sebab titik peluh saya macam tiada hasil untuk beli keperluan diri dan barang-barang lain sebab bayar hanya untuk komitmen bulanan saja," luahnya.

Wanita itu berkata, masalah rumah tangganya semakin meruncing apabila suami kini sudah dua bulan menganggur dan mengharapkan gajinya untuk membayar komitmen bulanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan ibu muka tembok, hutang lama tak bayar desak pinjam duit lagi! Suruh gadai gelang sedang dipakai

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mat kilang’ kini dah jadi cikgu! ‘Buang’ tunang pernah berkorban gadai emas, buat OT 80 jam - “Dia hina kata aku tak sekufu”

"Sudah dua bulan suami tak bekerja. Cakap nak cari kerja tapi saya tak nampak usaha cari kerja, telefon atau pergi temuduga.

"Banyak juga iklan kerja saya bagi dekat suami tapi dia hanya bagi alasan sekarang ni musim hujan. Saya tak tahu nak buat apa lagi," jelas wanita itu lagi.

Meninjau maklum balas warganet, rata-rata menyarankan wanita itu memikirkan semula masa depan dan kesejahteraan dirinya untuk jangka masa panjang.

  • Isteri berkerjaya terpaksa tanggung semua komitmen kerana suami kerap berhenti kerja.
  • Sudah enam tahun TTC, namun masalah kewangan makin menekan.
  • Dia sering pajak emas untuk bayar sewa, kereta dan keperluan.
  • Kini suami dah dua bulan menganggur dan tak berusaha cari kerja.
  • Netizen saran dia fikir masa depan, termasuk rujuk pejabat agama.

"Kalau boleh bertahan lagi, hadap sajalah. Kalau dah tak boleh, pergi pejabat agama atau mahkamah syariah.

"Baik bercerai je. Hidup tak bahagia kalau lelaki pemalas tak kerja. Lebih baik hidup membujang macam aku. fikir masa depan dan kerjaya serta bisnes.

"Tu bukan suami tapi biawak hidup. Sebelum dapat anak dengan biawak hidup baiklah awak atur langkah untuk berambus dari hidup dia sebelum awak tertekan dan dapat penyakit mental lain," komen beberapa netizen.

Artikel Lain