suria

Baru 'couple' dipaksa masak nasi ayam untuk 20 tetamu di rumah bakal mentua - "Menangis saya di ceruk dapur"

Dipaksa memasak hidangan untuk 20 orang amat meletihkan bagi wanita yang jarang memasak. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkongsi pengalaman 'dibuli' keluarga teman lelaki yang kemudian menjadi suaminya ketika mereka mula berkawan. 

Menurut wanita tersebut, ketika pertama kali berkunjung ke rumah kekasih dia diminta menyediakan nasi ayam oleh bakal mentua.

Tanpa membantah, wanita itu menuruti sahaja permintaan ibu kepada teman lelakinya

Kerja rumah tanpa dibantu amat memenatkan. -Gambar hiasan AIMelakukan kerja rumah tanpa dibantu amat memenatkan. -Gambar hiasan AI

"Saya ingatkan masak dua ekor ayam, rupanya emak dia jemput semua ahli keluarga mereka empat beradik. Ada la dalam 20 orang termasuk menantu dan cucu.

"Saya sediakan enam ekor ayam. Dapur pula saya tidak pernah masuk sebelum ini, dan tiada seorang pun membantu saya. Anak dia pula masa tu hanya duduk dan tidak buat apa-apa,” katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkedu diperlekeh kaum sejenis sebab rajin masak untuk keluarga - "Rasa bertuah sangat suami tak kulikan saya"

ARTIKEL BERKAITAN: Masakan terlebih masin, bapa herdik siap ludah dalam lauk... Gadis trauma dipaksa telan 3 sudu garam

Jelasnya, gara-gara disuruh memasak tanpa dimaklumkan lebih awal, dia begitu penat sehingga demam selepas pulang.

"Ini pengalaman red flag, tapi waktu itu saya anggap normal sebab tak pernah hadap situasi sebegitu. 

"Saya datang dengan adik pada masa tu dan adik ada nak bantu tapi emak halang, alasannya ini giliran saya.

"Menangis saya di ceruk dapur. Duduk depan sekejap nak rasa aircond disuruh alih ayam yang tengah goreng," katanya. 

  • Wanita dipaksa masak nasi ayam untuk 20 tetamu ketika baru kenal keluarga teman lelaki.
  • Dia masak enam ekor ayam seorang diri tanpa bantuan.
  • Terlalu penat hingga menangis dan demam selepas kejadian.
  • Selepas berkahwin, dia terus dipaksa bekerja di dapur setiap kali majlis keluarga.
  • Akhirnya mereka bercerai selepas empat tahun akibat layanan tidak adil.

Menurut wanita itu, selepas berkahwin situasi tidak berubah apabila dia kerap diarah berada di dapur tanpa dibantu sesiapa.

"Mentua kerap anjur majlis makan-makan, tetapi sebagai menantu saya selalu dipaksa bekerja di dapur, sementara anak-anak dia langsung tidak disuruh. 

"Saya pula setiap kali duduk, pasti ada kerja yang disuruh. Saya dipaksa dan dimanipulasi, suami pada masa itu tidak pernah menyebelahi saya,” katanya.

Dia turut memaklumkan hubungan mereka bagaimanapun sudah berakhir apabila dia dan lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk berpisah selepas empat tahun berkahwin.

Perkongsian itu mengundang rasa terkejut dalam kalangan netizen kerana mereka bukan sahaja tidak pernah melalui situasi serupa tetapi juga tidak pernah terfikir untuk melayan tetamu sedemikian.

"Keluarga saya tak pernah buat dekat tetamu macam ni. Kenapalah tak cabut lari je masa tu.

"Bukan menantu lagi dah buli-buli ni. Mak aku dulu awek adik aku datang rumah, layan macam tetamu je," antara komen netizen.

 

Artikel Lain