suria

Jaki tengok orang lain senang, makcik cari fasal 'sembur' 3 beranak makan di meja untuk 4 pelanggan

Jaga adab dan pertuturan ketika berada di tempat awam -Gambar hiasan AI

INSIDEN ketika makan di sebuah premis makanan segera masih segar dalam fikiran seorang wanita yang mendakwa dirinya ditegur secara kasar oleh pelanggan lain tanpa sebab munasabah.

Dalam perkongsiannya, wanita itu berkata ketika itu dia bersama suami dan anak berusia 11 bulan sedang makan tengah hari di sebuah restoran di i-City, Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, disebabkan makan lewat, keadaan restoran ketika itu tidak sesak dan banyak meja kosong membuatkan mereka memilih duduk di meja untuk empat orang.

Pilih tempat duduk yang sesuai ketika makan di restoran. -Gambar hiasan AI

"Saya dengan suami pilih untuk duduk tempat ada empat kerusi dan bukannya dua kerusi sebab anak saya nak makan juga. Jadi secara keseluruhan kami tiga beranaklah.

"Jadi 'ngam' duduk meja ada empat kerusi. Tiba-tiba datanglah makcik ni. Lalu sebelah kami dan bercakap dengan nada yang kuat bagi kami satu meja dengar.

"Dua orang je tapi duduk meja sedap (selesa). Saya pandang dia, dia pandang balik dengan senyuman sinis sambil cakap, geram aku orang macam ni," ceritanya di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis kahwin kecoh gara-gara ‘dessert table’, 2 ‘tuan rumah’ beri arahan bercanggah... Peniaga malu kena tengking depan tetamu

ARTIKEL BERKAITAN: "Bebal sejak lahir?" - Kedai sesak, meja penuh... Wanita tegur pelanggan masih 'santai' minum, tak reti bangun!

Wanita itu berasa pelik mendengar teguran tersebut yang diyakini disasarkan kepada dirinya kerana ketika itu masih banyak meja lain yang kosong.

Malah, mustahil kumpulan pelanggan tersebut yang terdiri daripada enam hingga tujuh individu mahu duduk di meja untuk empat orang yang sedang didudukinya.

"Memang tak muat kalau mereka nak duduk meja kami tu. Memang ada pun ruang panjang untuk grup ramai macam mereka dekat belakang.

"Sumpah tak faham. Salah ke kalau dua orang dewasa, seorang bayi duduk dalam baby chair duduk meja yang kerusi ada empat?

  • Wanita dakwa diperli pelanggan ketika makan bersama suami dan anak kecil di restoran 'fast food'.
  • Mereka duduk meja untuk empat orang kerana masih banyak meja kosong.
  • Tiba-tiba seorang makcik menegur, persoalkan pemilihan meja.
  • Teguran itu dianggap tak wajar kerana banyak meja kosong dan mereka juga tak muat jika duduk di meja itu.
  • Netizen nasihat agar tak layan provokasi dan menegur sikap kasar makcik itu.

"Emosi ya bila kena macam tu sampai kacau mood nak makan. Ke saya yang sensitif? Menjengkelkan, harap tak jumpa dah orang macam ni," jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan pandangan serta kata-kata semangat kepadanya.

"Benda kecil je walaupun terasa. Tak perlu nak membalas. Jangan rasa rendah diri, kita jaga 'standard'. Kalau membalas, sama 'level' je dengan 'makcik bawang' tu.

"Bukan nak cakap la ya... orang tua zaman sekarang memang adab mereka tak ada ke? Saya banyak juga jumpa makcik mulut jamban ni. Mereka lagi teruk perangai daripada yang muda," komen beberapa netizen.

Artikel Lain