suria

Disuruh mandi air sejuk, makan lauk masam nak basi! Wanita terseksa berpantang rumah mentua... Nak guna CL tapi dibantah

Wanita yang sedang berpantang perlu diberikan sokongan dan bantuan agar proses pemulihan berlaku dengan pantas. -Gambar hiasan AI

TEMPOH berpantang sepatutnya menjadi fasa pemulihan yang tenang buat ibu selepas melahirkan anak. 

Namun bagi sesetengah ibu baharu, ia bertukar menjadi pengalaman memeritkan apabila tidak mendapat sokongan dan penjagaan sewajarnya, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang wanita ini.

Menurutnya, keputusan untuk berpantang di rumah mentua menjadi satu penyesalan besar apabila hampir setiap aspek penjagaannya diabaikan. 

Ramai yang gemar menggunakan khidmat 'confinement lady' untuk memudahkan urusan berpantang. -Gambar hiasan 

“Sedih sangat, mandi air sejuk, makan lauk sama setiap hari. Panaskan lauk semalam tapi tak simpan dalam peti, dibiarkan terbuka atas meja. 

“Walaupun dah masam, bila kita cakap dah masam, dia cakap boleh makan lagi. Kuah atau sayur langsung tak ada.

“Mandi pun air sejuk, tak bertangas atau bertungku. Hanya pantang makanan tu je itu pun lauk sama. Badan pun rasa tak sedap dan tak pulih sepenuhnya,” kongsinya di laman Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dapat hidu muslihat mak sendiri, segera tolak berpantang di rumah keluarga - “Dia hutang keliling pinggang”

ARTIKEL BERKAITAN: “Terasa ngilu sampai sini” - Wanita menangis tahan sakit, suami ajak berjimak malam terakhir lepas 44 hari pantang bersalin

Dalam keadaan tubuh yang masih letih, dia turut berdepan isu kurang privasi kerana bayinya kerap diambil tanpa izin.

Katanya, si kecil hanya diberikan semula apabila menangis untuk disusukan.

“Apabila anak tidur, dia ambil. Saya pun perlukan rehat. Apabila anak menangis baru bagi balik. Dah diam, ambil semula,” jelasnya.

Lebih mengecewakan, biliknya tidak dibenarkan dikunci dan pintu sentiasa terbuka sehingga membuatkannya tidak pernah benar-benar berehat.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman berpantang yang memeritkan  di rumah mentua.

  • Dia terpaksa mandi air sejuk, makan lauk sama dan makanan tidak disimpan dengan betul.

  • Lebih memeritkan, tiada privasi kerana bayi kerap diambil tanpa izin dan biliknya tidak dibenarkan dikunci.

  • Wanita itu ingin guna confinement lady, tetapi mentua tidak benarkan.

  • Perkongsiannya menerima ribuan sokongan dan simpati netizen, dengan ramai turut berkongsi pengalaman serupa.

Situasi itu turut mengundang pelbagai komen daripada orang sekeliling, termasuk menyuruhnya bergantung kepada suami atau menguruskan sendiri proses berpantang menggunakan khidmat penjaga pantang (confinement lady), namun katanya, ia tidak semudah yang digambarkan.

“Kalau boleh memang saya nak buat sendiri, nak panggil confinement lady (CL). Tapi mentua tak bagi sebab dia terpaling ada pengalaman, jangan haraplah

“Orang yang pernah ada dalam situasi saya je akan faham,” akhirinya.

Perkongsiannya mengundang ribuan komen netizen, dengan ramai tampil menyuarakan sokongan serta meluahkan rasa simpati terhadap apa yang dialaminya.

Sebahagian daripada komen netizen.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman senasib, terutama mereka yang melalui proses berpantang di rumah mentua.

"Sis, buat macam saya, menangis meraung dekat husband cakap nak balik. Bawa balik sebelum aku buat kerja gila.

"Dalam pantang kena jaga kesihatan mental juga, bukan fizikal je. Penting untuk awak buat keputusan yang tepat.

"Faham sangat sebab dalam situasi yang sama juga," komen netizen.

Artikel Lain