PERCAYALAH, di sebalik tangisan pertama seorang bayi tersembunyi perjuangan antara hidup dan mati sosok wanita bergelar ibu.
Namun malangnya, wujud segelintir suami yang tidak tahu menghargai pengorbanan sehingga tergamak menyakiti isteri sendiri.
Di Thread, seorang wanita berkongsi kisah mengenai rakannya yang dipaksa melakukan hubungan seks selepas 44 hari menjalani proses berpantang.

Wujud segelintir suami yang tidak tahu menghargai pengorbanan isteri. -Gambar hiasan AI
"Aku ni terkesan dengar cerita kawan aku. Esok cukup 44 hari dia berpantang, malam sebelum tu suami minta (bersama).
"Akhirnya dia menangis cari kawan-kawan meluah perasaan. Aku macam pelik je. Dia balik rumah mak dia, terus diamkan diri daripada suami.
"Adakah ini satu kezaliman buat isteri? Ini pertanyaan sahaja," tulis wanita itu.
- Seorang wanita terpaksa melayan nafsu suaminya selepas 44 hari dia berpantang.
- Wanita berkenaan menangis ketika menceritakan hal itu kepada rakannya.
- Wanita itu mendiamkan diri daripada suaminya selepas kejadian itu.
- Netizen luah rasa simpati terhadapnya selepas kisah itu tular di Thread.
Di ruangan komen, netizen menyuarakan rasa simpati terhadap wanita itu yang terpaksa menanggung kesakitan demi memuaskan permintaan batin suaminya.
"Saya baca pun saya trauma. Kesian kawan awak. Selalunya kena tunggu 100 hari.
"Kalau laki jenis tak sabar, marahkan saja. Kena bertegas. Lagi pun bukan suami yang mengandung sembilan bulan, menyusu semua tu.
ARTIKEL BERKAITAN: Dah la sengkek, kalau jumpa cuma nak seks! Wanita menyesal jadi bini kedua... Suami rupanya tak mampu, lebihkan isteri pertama
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berpantang anak sulung, suami mengaku terlanjur dengan bapa mentua! Nafsu gelora lepas cuci rumah sewa - “Dia puji saya seksi”
"Suami macam tu memang fikir nafsu saja. Kalau dia faham derita dan susah masa bersalin, dia akan faham untuk bersabar.
"Terasa ngilunya sampai sini. Kesiannya kawan awak," tulis beberapa netizen.

Suami yang baik tidak akan menyakiti isteri. -Gambar hiasan AI
Menurut laman kesihatan Hello Doktor, tiada tempoh khusus untuk ibu lepas bersalin mula melakukan hubungan seks bersama suami mereka.
Namun, dalam Islam haram untuk bersetubuh semasa isteri dalam keadaan nifas.
Sementara itu dalam adat berpantang Melayu pula, wanita digalakkan agar tidak melakukan hubungan intim dengan suami selama 100 hari.


