suria

Isteri tiada selera, hilang nafsu seks lepas tengok suami ambil bahan terlarang... Sukar percaya janji kaki ganja!

Isteri pasti kecewa apabila mengetahui suami mengambil bahan terlarang. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi cerita mengenai suaminya yang berdepan masalah ketagihan bahan terlarang.

Dalam hantaran di Thread, wanita itu mengakui hilang 'selera' untuk bersama selepas mengetahui kegiatan suaminya.

"Turn off dengan suami sejak kantoi dia hisap ganja. Dah tahu lama, cuma baru nampak depan muka. 

Page one plan on the alarming of rape cases in the rising plus sexual booming. We will ask them to pose pictures on both with silhouette act. We will add graphics into it. Pleases give some space for graphics in the picture. Another picture is on child abuse. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Ketagihan bahan terlarang boleh mengganggu keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan

"Dia bersumpah, berjanji tak sentuh dah benda tu. Masa tu juga dia buang semua benda tu. Tapi tu la, aku jadi turn off, faham tak?

"Nak berasmara dana tu aku jadi tak ada nafsu langsung. Sejak dari yang dia mengaku hisap ganja tu la langsung turn off," tulisnya.

Di sebalik ketagihan itu, dia berkata suaminya merupakan seorang suami yang baik dan tidak culas menjalankan tanggungjawabnya.

  • Isteri kecewa selepas tahu suami ambil bahan terlarang.
  • Wanita itu mengaku hilang nafsu untuk bersama suaminya.
  • Suaminya mengaku salah dan berjanji untuk berubah.
  • Segelintir netizen minta si isteri beri peluang untuk suami berubah,

Di ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang dilihat menyokong perbuatan suami wanita itu walaupun ia jelas menyalahi undang-undang dan diharamkan dalam agama.

"Ganja lagi okay, jangan (curang) dengan perempuan lain, itu lagi turn off terus.

"Baik hisap ganja daripada cari perempuan lain," demikian komen kurang bijak netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan dadah, suami pengasuh berhalusinasi! Wanita nekad tak hantar anak - “Kalau dia selam ‘baby’ dalam baldi macam mana?”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami minum 4 bungkus ketum selama 20 tahun, setiap bulan hutang 1K... Isteri masih bertahan sebab sayang

Bagaimanapun, ada warga maya yang turut memberi saranan agar dia berpisah atau mencari jalan bagi menghentikan ketagihan suaminya.

"Bawa dia buat urine test randomly setiap bulan. Janji mulut penagih tak boleh percaya.

KHALWAY POSED PHOTO...

Isteri berhak untuk tahu aktiviti suami dengan kawan-kawannya. -Gambar hiasan

"Malaysia tak legal benda tu. Daripada kena (tangkap) lebih baik berhenti.

"Daripada jadi isteri derhaka, masuk neraka, baik mengaku tak ada hati dan minta cerai," antara komen netizen.

Artikel Lain