suria

Nak guna Proton Wira selamanya, mahu bertunang tanpa beri cincin... Wanita tinggalkan kekasih kedekut!

Kebanyakan wanita tidak mahu bersuamikan lelaki yang kedekut. -Gambar hiasan

SEORANG wanita menarik perhatian netizen selepas mendedahkan kisah perkenalannya dengan lelaki yang dikatakan terlalu kedekut.

Menerusi perkongsian di Thread, dia berkata lelaki itu pernah menyuarakan hasrat untuk melangsungkan majlis perkahwinan serba ringkas.

"Aku tak pasti dia ni kedekut atau berjimat. Sebab nak meminang pun dia tak nak bagi aku cincin.

Segelintir wanita hidup dalam tekanan kerana berkahwin dengan lelaki kedekut. -Gambar hiasan AI

"Dia minta hantaran murah, lepas tu suruh aku beli baju nikah sebab dia tak pandai nak beli. Bila minta duit, dia cakap aku berkira pula.

"Kenduri tak nak buat besar-besaran, cukuplah buat belah perempuan sahaja," tulis wanita itu.

Dalam hantaran sama, dia berkata lelaki itu juga pernah berjanji untuk menyediakan nafkah bulanan sebanyak RM200 sahaja.

  • Wanita kongsi cerita berkenalan dengan lelaki jenis kedekut.
  • Lelaki itu mahu meminang, namun enggan membeli cincin untuk bakal isteri.
  • Lelaki itu juga enggan membeli kereta baharu kerana selesa dengan Proton Wira miliknya.
  • Wanita itu berkata dia memilih untuk tidak meneruskan hubungan dengan lelaki berkenaan.

"Dia tak mahu beli kereta baharu. Cukup naik Proton Wira je. Apa jadah jantan macam ni? Ajak makan, suruh aku bayar sendiri.

"Dia kata bukan tanggungjawab dia lagi. Lepas tu dia tetapkan nafkah lepas kahwin RM200 sebulan," tulis wanita itu lagi.

Tambah wanita itu, dia kini sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik bongsu ‘berbunyi’ abang hanya hulur RM200 sebulan untuk mak, tuduh gaji banyak tapi kedekut - “Kau ingat RM5,000 tu besar?”

ARTIKEL BERKAITAN: Tanggung 80 peratus belanja rumah, kena bayar suami duit minyak sebab hantar ke ofis... Hulur RM30 dicop kedekut!

Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan keputusan wanita itu yang tidak meneruskan hubungannya.

Malah, beberapa netizen turut berkongsi kisah mereka yang pernah berkenalan dengan lelaki berperangai sama.

"Saya pun kena. Hantaran RM7,000. Duit saya RM4,000, dia RM3,000. Dia tak nak sanding, cuma nikah dan doa selamat. Lepas tu suruh saya bayar motor dia. 

Setiap wanita pastinya mengimpikan majlis perkahwinan yang sempurna. -Gambar hiasan AI

"Lebih baik lambat kahwin daripada bersama orang red flag. Kedekut ni 'penyakit' yang tak boleh ubah, percayalah.

"Dulu pernah lelaki ajak saya kahwin. Dia kata saya perlu bekerja lepas kahwin. Nafkah cuma RM500 sebulan. Hmm, bayar kereta saya pun tak lepas," antara perkongsian netizen.

 

Artikel Lain