suria

'Promoter' butik geli sentuh tangan rider, ambil makanan guna hujung jari sambil buat muka jijik

Rider berdepan pelbagai ragam pelanggan ketika menjalankan tugas. -Gambar hiasan

KITA tidak sepatutnya menilai atau menghina seseorang hanya kerana pekerjaan mereka.

Di TiKTok, seorang pekerja penghantaran makanan tular selepas mendakwa dirinya dilayan teruk oleh seorang pekerja butik.

Menurut rider itu, kejadian berlaku ketika dia menghantar makanan ke butik itu yang terletak di sebuah pusat beli belah di ibu negara.

Pelanggan tidak sepatutnya bersikap biadab dengan pekerja penghantaran makanan. -Gambar hiasan

"Baru kerja butik, acah-acah. Promoter je padahal. Ambil makan macam ni (dengan hujung jari).

"Dengan (riak) muka macam geli sangat pula. Eh kau. Kita pakai sarung tangan kot. 

"Pelitup muka semua pakai lengkap. Acah-acah la," ujarnya sambil membuat rakaman video sejurus beredar dari premis berkenaan.

  • Seorang rider dakwa dilayan dengan teruk oleh seorang pekerja butik.
  • Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.
  • Dia tersinggung apabila pelanggan itu seolah-olah geli untuk mengambil makanan yang dihulurkannya.
  • Ramai netizen menyuarakan sokongan kepada rider selepas kisah itu tular.

Rakaman itu menerima lebih 200,000 tontonan selepas ia dikongsi ke aplikasi TikTok.

Beberapa individu di ruangan komen mendakwa mereka juga pernah berdepan situasi sama.

"Dulu saya pun rider. Ramai yang macam geli nak pegang makanan saya hantar. Padahal dia yang order suruh hantar.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider betul-betul ikut arahan, hantar 'order' kepada pokok tepi jalan! Pelanggan salah 'pin' lokasi sayu lihat makanan terbazir

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya takut akak lapar” - Rider bahayakan diri redah hujan lebat, tak tergamak ‘sidai’ pelanggan walau cuaca buruk

"Promoter selalu macam tu. Kami hari tu masuk kedai, ada yang pandang atas bawah, lepas tu tak layan.

"Bukan abang je kena. Saya pun pernah. Jelingan maut tu dah biasa.

"Mesti dia rasa butik tu bapa dia yang punya," tulis beberapa netizen.

 

Artikel Lain