SEORANG wanita berkongsi luahan hati mengenai pengalaman dibesarkan dalam keluarga yang didakwa mengamalkan sikap pilih kasih antara anak-anak.
Menurutnya, sejak kecil dia sering terasa hati dengan layanan daripada ibu bapa yang dirasakan tidak adil berbanding adik lelakinya.
Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah ibu bapa membeli makanan hanya untuk adik, manakala dia hanya dibenarkan makan jika ada lebihan.
Anak mudah terasa hati apabila ibu bapa melebih-lebihkan anak yang lain. -Gambar hiasan
"Pernah tak terasa hati dengan parents yang pilih kasih? Saya dari kecil sangat terasa hati.
"Yang paling tak boleh lupa beli fast food untuk adik lelaki, beli satu saja dan saya boleh makan kalau ada lebihan yang tak habis makan," kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Yang kau belikan aku buang!” - Bapa sombong, hina hadiah pemberian anak perempuan, puji melambung zuriat lelaki gaji puluh ribu
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa pilih kasih, cuma makan masakan kakak... Wanita lepas geram, tak sengaja biadab di meja makan
Tambahnya, dia juga tidak dibenarkan menggunakan sabun mandi jenama yang sama dengan adiknya.
“Adik boleh guna sabun Carrie Junior yang jenis pam, tapi saya cuma boleh guna sabun buku. Kalau kantoi guna sabun adik, siaplah saya,” katanya.
Lebih pedih, dia turut mendakwa adiknya dihadiahkan motosikal manakala dirinya terpaksa berjalan kaki.
- Seorang wanita kongsi pengalaman pahit dibesarkan ibu bapa mengamalkan sikap pilih kasih antara anak-anak.
- Sejak kecil dia sering diperlakukan tidak adil berbanding adik lelakinya — termasuk hal sekecil makanan dan sabun mandi.
- Ibu bapanya membeli makanan hanya untuk adik, dan dia hanya dibenarkan makan lebihan.
- Lebih menyedihkan, adik lelakinya diberi motosikal sedangkan dia terpaksa berjalan kaki membantu ibu di kedai.
- Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut meluahkan pengalaman sama dan menegaskan pentingnya ibu bapa berlaku adil kepada semua anak.
"Mereka beli motosikal untuk adik dan saya kena jalan kaki biar berhujan panas sedangkan saya tolong mak kat kedai.
"Saya hanya merasa pakai motosikal lama itu pun motosikal bekas arwah atuk," katanya.
Reaksi netizen
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dengan ada yang meluahkan pengalaman serupa dan menyatakan sikap pilih kasih ibu bapa meninggalkan kesan emosi kepada anak-anak.
"Saya pun sama, sedih sangat tapi saya break the cycle. Saya tak nak anak-anak rasa apa saya lalui.
"Kita jadi ibu generasi baru yang sayang anak sama rata.
"Ada sampai dah tua dah 50 tahun kena hadap bapa yang lebihkan anak jantan tak guna," katanya.


