suria

“Yang kau belikan aku buang!” - Bapa sombong, hina hadiah pemberian anak perempuan, puji melambung zuriat lelaki gaji puluh ribu

Setiap anak pastinya sedih sekiranya pemberian tidak dihargai. -Gambar hiasan AI

ISU pilih kasih dalam keluarga bukan perkara baharu dan ia sering menjadi punca anak-anak terluka apabila ibu bapa memberikan layanan berbeza.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa terkilan berhubung sikap bapanya yang membanding-bandingkan nilai hadiah pemberian anak-anak.

"Patut ke kalau saya terasa hati dengan ayah? Saya pernah belikan set tali pinggang dan dompet daripada genuine leather (kulit tulen) untuk dia.

Sikap pilih kasih boleh menyebabkan hubungan antara bapa dan anak menjadi renggang. -Gambar hiasan

"Haritu saya buat-buat tanya adakah masih pakai lagi? Dia cakap... abang kau belikan yang berkualitiYang kau belikan tu dah rosak. Aku dah buang," katanya mengimbas kembali perbualan antara dia dan bapa.

Jelas wanita itu, perkara itu cukup menyakitkan kerana hakikat sebenar adalah berbeza.

"Mind you, sebenarnya yang dia pakai tu aku belikan. Yang dah rosak tu abang aku belikan barang murah," ujarnya lagi.

Tambah pengadu lagi, sungguhpun abangnya sering dipuji-puji namun setiap kali ibu bapanya sakit, dia adalah anak yang sering diminta pertolongan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa pilih kasih, cuma makan masakan kakak... Wanita lepas geram, tak sengaja biadab di meja makan

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah pilih kasih... 4 anak jadi doktor disanjung, seorang lagi diperlekeh! Beritahu orang lain ‘dia je kerja biasa’

"Abang saya tu anak kesayangan. Mana tidaknya, gaji puluh ribu. Saya ni kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang.

"Tapi ketika mereka sakit, abang saya tak balik jenguk. Saya yang miskin ni kena balik jaga. Bibik in the house!," luahnya secara berseloroh.

Lebih memilukan, dia pernah mendengar bapanya sendiri melontarkan kata-kata pedih yang diingati sehingga kini.

"Anak kesayangan ayah ni anak nombor dua. Saya nampak memang dia utamakan semua anak lelaki dia.

  • Seorang wanita kecewa bapanya lebih memihak kepada abang sehingga dia rasa dipinggirkan.
  • Hadiah pemberiannya dianggap tidak berkualiti berbanding barangan yang disangka dibeli oleh abang.
  • Ayah sering memuji abang yang berpendapatan besar, manakala dirinya yang hidup sederhana dan tidak dihargai.
  • Si ayah pernah mengeluarkan kata-kata kasar yang merendahkan anak perempuan dalam keluarga.
  • Netizen menasihati wanita berkenaan supaya menjaga hati dan tidak terlalu ambil tahu perkara yang boleh melukakan diri.

"Saya ni pula memang sorang je perempuan (dalam keluarga). Dia pernah cakap anak perempuan ni umpama 'jamban depan rumah'," dakwanya lagi namun tidak mengulas lanjut mengenai apa yang dimaksudkan si bapa.

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian itu meluahkan rasa simpati serta memahami situasi dialami wanita berkenaan.

Seorang netizen turut menasihati agar pengadu tidak terlalu mengambil tahu tentang perkara yang hanya menambahkan luka.

Beberapa komen netizen di media sosial.

"Perkara berkait dengan mak bapa ni memang makan dalam. Nak luah, berdosa. Tapi perasaan tu datang sendiri. Akhirnya pendam dan pendam sampai mental.

"Ada perkara yang kita kena elak untuk ambil tahu. Lebih baik tak tahu. Kalau tahu akan menambah sakit dalam hati.

"Supaya hari-hari kita lalui lebih tenang dan kita masih tersenyum dan bahagia walaupun pada insan-insan toksik," komen beberapa netizen.

Artikel Lain