SEORANG juruwang berkongsi pengalaman menyaksikan sendiri gelagat pelanggan ketika membuat pembayaran menggunakan MyKad untuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Menurutnya, terdapat situasi segelintir pelanggan menggunakan MyKad orang lain ketika membuat pembayaran.
Katanya, ada anak-anak mengambil kesempatan membuat pembayaran menggunakan MyKad ibu bapa masing-masing untuk membeli keperluan mereka sendiri.
Lebih 22 juta rakyat Malaysia layak menggunakan Penghargaan SARA. -Gambar hiasan
“Selalu nampak anak-anak bawa IC mak ayah yang dah tua, kemudian beli susu anak sendiri yang mahal.
"SARA habis kat susu saja. Betul ke korang nak ambil kesempatan macam ni?,” kongsinya di media sosial.
Menerusi perkongsian berbeza, juruwang wanita itu juga memaklumkan terdapat juga kes ibu bapa yang menggunakan MyKad anak mereka untuk berbelanja.
ARTIKEL BERKAITAN: Tersedar MyKad ‘ghaib’ ketika semak Penghargaan SARA, wanita pasrah duit ‘melayang’ lebih 1K! Ketahui 5 risiko jika IC hilang
ARTIKEL BERKAITAN: 22 juta rakyat Malaysia dah boleh semak Penghargaan SARA, belanja RM100 untuk 14 kategori barangan
“Hari tu ada seorang pelanggan nak bayar guna SARA, tapi apabila semak baki tinggal 60 sen. Dia terus telefon mak dia.
"Rupanya mak dia guna MyKad dia senyap-senyap beli barang dapur. Akhirnya dia terpaksa tinggalkan barang-barang tu. Memang kesian, tapi barang tu kena letak balik," katanya.
- Juruwang dedah ada pelanggan guna MyKad ibu bapa untuk beli susu anak mereka sendiri.
- Kes lain, seorang ibu guna MyKad anak secara senyap untuk barang dapur hingga baki hanya tinggal RM0.60.
- Netizen berpecah pendapat, ada yang kecam juruwang kerana dianggap sibuk urusan orang.
- Ada juga yang menegaskan perbuatan guna MyKad tanpa izin adalah dosa dan haram.
- Isu ini mencetuskan perbahasan tentang hak, tanggungjawab dan soal halal haram dalam guna bantuan SARA.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya, dengan ada segelintir menghentam wanita itu kerana dikatakan sibuk dengan urusan orang lain.
"Kita jangan hukum, mana tahu mereka bagi cash kat mak ayah tapi mereka claim duit tu dengan beli susu.
"Kau yakin ke dia ambil kesempatan? Kalau mak bapa dia sendiri bagi, sempat minta maaf tak sebab fitnah? Fikir la sejenak dulu," katanya.
Reaksi netizen
Bagi netizen lain, mereka menyifatkan perbuatan menggunakan MyKad orang lain tanpa kebenaran adalah suatu dosa.
"Haram guna hak orang lain walaupun anak. Orang sekarang mana peduli halal haram.
"Mereka ingat hak anak tu, hak mak bapa juga. Alasan sebab anak kena balas budi," katanya.


