SEORANG wanita berkongsi pengalaman dihubungi bekas rakan sekerja yang meminta bantuan kewangan dalam jumlah besar.
Menurutnya, individu berkenaan tidaklah begitu rapat dengannya, namun tiba-tiba menghantar mesej pada lewat malam dan memohon pinjaman sebanyak RM3,000.
Menurut pengadu, rakannya itu memberi alasan mahu menggunakan wang tersebut bagi membuat persiapan majlis akikah anak yang bakal berlangsung pada bulan Oktober nanti.
Ada segelintir individu sanggup berhutang demi memenuhi kehendak. -Gambar hiasan
"Anggaran saya perlukan dalam RM3,000. Saya akan bayar hujung bulan sebanyak dua kali. Bulan ni RM1,500, bulan depan RM1,500.
"Tapi kalau awak tak boleh bagi saya dengan jumlah tu, boleh ke saya pinjam dulu RM1,500?," tulis individu yang mahu meminjam itu menerusi WhatsApp.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak halalkan!” - Wanita dihina darah daging sendiri gara-gara minta hutang, menyesal bantu beri pinjaman sampai RM16,000
ARTIKEL BERKAITAN: Dulu herdik, perli orang susah... Pemungut hutang kini sempit rezeki, anggap diri terima kifarah
Namun pengadu berasa serba salah kerana pernah melalui pengalaman pahit melibatkan hutang, di tambah pula jumlah yang diminta agak besar dan sukar dipersetujui oleh suaminya.
“Saya dengan suami memang elak pinjam-meminjam ni, sebab pernah kena. Lagi pula kalau jumlah besar, memang suami tak akan izinkan,” katanya menolak permintaan individu tersebut.
- Seorang wanita menerima mesej daripada bekas rakan sekerja yang meminta pinjaman RM3,000.
- Alasan individu tersebut ialah mahu mendahulukan persiapan majlis akikah anak.
- Wanita itu menolak dengan baik kerana pernah melalui pengalaman pahit melibatkan hutang.
- Rakan lamanya tetap merayu dengan alasan tidak mahu berhutang dengan pemberi pinjam wang yang mengenakan caj bunga tinggi.
- Netizen menasihati agar berhati-hati kerana kes penipuan WhatsApp semakin berleluasa.
Bagaimanapun rakan pengadu tetap merayu dengan alasan tidak sanggup berhutang dengan pemberi pinjam wang lain kerana caj bunga yang tinggi.
Akhirnya, individu terbabit menerima penolakan itu dan mengucapkan terima kasih atas doa serta kesudian mendengar masalahnya.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menasihati supaya berhati-hati kerana kes penipuan menggunakan nombor WhatsApp semakin berleluasa.
Reaksi netizen
"Scammer sekarang dah advance, video call pun tak boleh percaya.
"Tak perlu la bagi pinjam, apabila nak bayar liat.
"Alahai, tak mampu buat je la cara tak mampu sampai sanggup berhutang nak buat majlis akikah," katanya.
Sementara itu, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, melakukan akikah dengan cara berhutang adalah sah sekiranya telah memenuhi dan menepati rukun-rukun akikah.
Namun, ianya dihukum sebagai makruh kerana, amalan berhutang dalam beribadat adalah tidak digalakkan sama sekali.


