SELEPAS lima tahun berselisih faham, hubungan persahabatan antara pelawak Shuib dan Rahim akhirnya kembali jernih apabila mereka berdamai pada Khamis.Shuib atau Shahmira Muhamad, 42, berkata, perdamaian itu berlaku secara spontan selepas dia tidak lagi mampu menahan rasa rindu terhadap sahabat lamanya itu. “Rahim bukan sekadar rakan kerja, dia memang sahabat dan sudah macam abang saya sendiri.Shuib hubungi Rahim ditemani Mamat.“Sepanjang lima tahun ini hubungan kami memang tidak berapa baik. Terus terang saya cakap, saya memang rindu hendak jumpa dia, berbual dan bergurau semula.“Sebab Rahim ini lain, hubungan kami lebih daripada urusan kerja. Banyak perkara di luar kerja yang saya rindukan tentang dia,” katanya ketika dihubungi mStar.Menurut Shuib, sebelum ini mereka ada saling berbalas mesej, namun dia semakin yakin untuk menghubungi Rahim selepas mendapat galakan daripada rakan mereka iaitu Mamat Sepah.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shuib dapat panggilan minta nombor ustaz, sedih lihat keadaan Amad belakang pentas... Tidak menolak berlaku gangguan mistikARTIKEL BERKAITAN:“Sebelum mengata laki aku tengok laki sendiri dulu!” - Isteri Rahim Sepahtu dedah ada pihak cuba rosakkan rumah tangga“Saya ada cakap dengan Mamat... Eh, Rahim balas mesej aku, lepas itu saya tanya dia...Kalau aku video call dia, kau rasa dia angkat tak? Mamat jawab... mestilah dia angkat.“Saya rasa semua ini gerakan daripada Allah untuk saya ambil langkah itu. Bila saya video call dia dan dia angkat, saya memang terharu sebab sudah lama kami tidak berbual," ujarnya.Berkongsi mengenai panggilan video itu, Shuib berkata dia menghubungi Rahim ketika sahabatnya itu sedang bertugas dan berada di konti radio.Justeru itu, Shuib menyatakan hasrat untuk bertemu Rahim secara bersemuka dalam masa terdekat bagi mengeratkan kembali hubungan mereka. Waktu itu lebih sesuai untuk kami duduk berbual secara one-on-one.SHUIBPELAWAK/USAHAWAN“Saya tengah memandu dan beritahu Mamat, bagi dia sampai tempat kerja dulu sebab nanti senang dia nak angkat call.“Bila call dibuat, keadaan agak santai sebab dia berada di konti radio. Jadi suasana itu tidak terlalu personal, lebih kepada suasana meriah dan santai.“Cuma hujung minggu ini saya ada buat satu majlis. Insya-Allah kalau dia datang, saya rasa waktu itu lebih sesuai untuk kami duduk berbual secara one-on-one,” jelasnya.Enggan mengungkit kisah lama, Shuib mengakui apa yang berlaku sebelum ini berpunca daripada salah faham dan membuat keputusan kurang matang.Shuib teruja mahu bertemu sahabart lamanya.“Sebenarnya apa yang berlaku antara kami lebih kepada salah faham atau miscommunication sahaja. Bukannya bergaduh teruk pun.“Mungkin ketika itu kami membuat keputusan yang kurang matang. Kedua-dua pihak pun ada silap masing-masing.“Kadang-kadang masa itu sendiri jadi penawar. Bila sampai waktunya untuk sembuh, hubungan itu akan pulih semula.“Hari ini saya anggap sebagai hari yang penuh rahmat. Saya dapat kembali seorang sahabat dan sambung semula hubungan kami. Saya harap hubungan ini akan kekal baik selepas ini, insya-Allah,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!