PELAKON Bront Palarae berkongsi detik mencemaskan apabila mengalami masalah peti suara ketika menjalani penggambaran filem Tarung: Unforgiven.Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 47, berkata insiden itu berlaku ketika dia sedang menjalani babak bersama Zul Ariffin. Menurut Bront, dia cuba menyamai tenaga dan aura dimiliki Zul sepanjang menjayakan babak tersebut namun tidak menyangka sebaliknya pula berlaku.Bront alami kecederaan peti suara.“Kecederaan saya ada kaitan dengan Zul yang semua tahu dia memiliki karisma, tenaga dan lontaran suara yang kuat.“Saya pula mahu padankan tenaga dengan Zul sebab kami bukan jenis beri diskaun dalam lakonan selain mahu berseronok sepanjang menjayakan babak bersama.“Tapi menjelang pukul 3 pagi, suara saya hilang sedangkan babak kami berdua belum habis lagi,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat sambut Aidilfitri di Malaysia, Bront Palarae terbang ke AS sambung belajarARTIKEL BERKAITAN: Ramai masih keliru nama sebenar Bront Palarae – “Kalau guna Nasrul Suhaimin nampak terlalu baik”Tambah Bront, situasi itu membuatkan dia mula berasa cemas kerana bimbang mengganggu kelancaran jadual penggambaran filem berkenaan.Malah, pengalaman tersebut menyedarkan dirinya bahawa penggunaan suara juga memainkan peranan penting dalam filem aksi.“Jadi di sebalik cerita aksi, rupa-rupanya peti suara juga penting. Saya pula bukan pelakon teater jadi saya tak pandai gunakan teknik tertentu untuk melontarkan suara. Abang-abang yang babaknya hanya bercakap pula boleh cedera.BRONT PALAREAPELAKON“Bila suara sudah tiada, saya mula gementar sebab risau ganggu penggambaran sedangkan jadual kerja kami sangat teratur dan sihat.“Adik-adik yang lawan fizikal pun okey, tak ganggu penggambaran. Tak akan abang-abang yang babaknya hanya bercakap pula boleh cedera, tapi memang seksa,” ujarnya.Bagaimanapun, Bront meluahkan rasa lega apabila pasukan produksi bertindak pantas menangani situasi tersebut.Barisan pelakon Tarung: Unforgiven.“Tapi pasukan produksi sangat peka dan sentiasa bersedia berdepan situasi sebegini,” katanya.Selain Bront dan Zul, Tarung: Unforgiven turut dibintangi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.Filem arahan Razaisyam Rashid ini sudah mula ditayangkan di seluruh negara bermula 7 Mei.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!