suria

Vida bantu pulih semangat Viviana, Ani Maiyuni jawab dakwaan anak kena gangguan mistik

Ani (kanan) menolak dakwaan gangguan mistik terhadap Viviana (dua dari kanan).

PENYANYI Ani Maiyuni mengakui anaknya iaitu Viviana berdepan masalah kesihatan sejak awal menyertai program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Ani atau Aishah An-Nur Osman, 47, bagaimanapun menolak spekulasi yang mengaitkan keadaan anaknya dengan unsur mistik seperti yang pernah dialami oleh peserta musim terdahulu.

Malah, Ani berkata pihak produksi juga sudah memberi jaminan lokasi pertandingan yang berada di bangunan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berada dalam keadaan baik dan bebas daripada sebarang gangguan.

"Pihak produksi pun pernah beritahu bangunan (MBSA) itu pun sudah bersih cuma kena kuat semangat.

Vida (dua dari kanan) mendakwa ada energi negatif pada Viviana.

Vida (dua dari kanan) mendakwa ada energi negatif pada Viviana.

"Perkara-perkara mistik ni nak cakap kita tak percaya pun tak boleh juga tapi kalau percaya sangat pun takut syirik pula. 

"Cuma saya tidak mahu terlalu fikir ke arah negatif. Saya baca juga komen ada yang kata apa ni dengan budak pun nak main kotor (mungkin sihir) tetapi saya tak mahu fikir bukan-bukan, semua peserta di sini saling ambil berat," katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam pada itu, Ani memaklumkan Viviana mula menunjukkan tanda-tanda kurang sihat sejak minggu pertama pertandingan, apabila kerap mengalami batuk dipercayai akibat masih menyesuaikan diri dengan jadual latihan yang padat.

Malah, video tular dimuat naik vida itu kebetulan dirakam semasa usahawan itu ada bersama di dalam bilik mekap.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk Viviana kena kecam, Ani Maiyuni tampil pertahan anak… “Kita hanya manusia biasa” 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kecaman tanda kehadiran anak disedari... Ani Maiyuni tahu Viviana kuat, mampu hadap kejian netizen

"Sebenarnya dari minggu pertama anak saya memang dah tak sihat. Mula batuk-batuk, mungkin juga tengah nak biasakan dengan jadual sekarang. 

"Makin lama makin teruk pula. Dah bawa pergi klinik siap ambil suntikan lagi... Waktu Datuk Vida masuk bilik mekap, mula-mula saya ingat Datuk bergurau, jadi saya pun gelak. 

"Lepas tu bila baca ayat kursi saya nampak Viviana keluar air mata. Apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada Datuk Vida. Mungkin dia nampak apa yang kita tak nampak. Wallahualam," ujarnya. 

Meskipun diuji dengan masalah kesihatan, Ani bersyukur kerana Viviana masih mampu memberikan persembahan terbaik pada minggu ketiga.

"Alhamdulillah saya tak sangka dia (Viviana) tetap dapat buat persembahan dengan baik. 

Ani (kiri) dan Viviana kini sedang bertanding dalam TTMM2.

Ani (kiri) dan Viviana kini sedang bertanding dalam TTMM2.

"Bagi saya, sesi latihan lebih baik tapi apa pun syukur Viviana dapat kawal situasi walaupun dalam keadaan tak sihat.

"Sekarang ini pun keadaannya semakin baik, cuma kalau suara sengau sikit tu biasalah sebab masih belum sihat sepenuhnya," katanya. 

Sebelum ini, Vida atau Hasmiza Othman, 55, memuat naik video memaparkan dirinya membantu Viviana yang kelihatan kurang sihat. 

Dalam perkongsian itu, Vida mendakwa merasakan kehadiran ‘energi negatif’ dan membaca doa serta ayat-ayat suci ketika membantu remaja berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain